Wednesday, February 29, 2012

She's my motivator

Salam ukhuwah semua.post kali ni agak sedih bunyinya.ermmm,pagit tadi sedang sibuk duk menyalin dan memahami nota makanan dan gaya hidup,terasa tangan ni gatal untuk menghantar mesej kepada ustazah yang mengajar di kolej matrikulasi pahang dulu (kmph), Ustazah Rosma. Ustazah pernah hantar mesej semester lepas,terharu tibe-tibe ustazah mesej dulu bagitau  sekarang ustazah sambung master di USIM.alhamdulilah,aku yakin,ustazah mampu. ok, tadi mesej dengan niat nak tahu nombor seorang pensyarah yang aku begitu rapat time matrik dulu.sampai kawan-kawn pun perasan keakraban kami. Perbualan dengan ustazah tadi:

Saya     : Salam ustazah,apa khabar?
Ustazah: Alhamdulilah,najihan ape khbr ?dah tahun3  ye? mesti ada berita terkini ya.
Saya      : Alhamdulilah sihat.ye,ni semester akhir.ustazah pula macam mana pembelajaran disana?
Ustazah : Alhamdulilah.saya baru sem 2, moga Allah anugerahkan kecemerlangan untk najihan dan kawan2.doakan saya jugak.
Saya      : Amin.terima kasih ustazah.ustazah skrg di USIM ke?
Ustazah : Tak. saya di kmph,jumaat ke Usim.sabtu balik kuantan.
Saya      :  Oh, ermm,ustazah kenal tak cg khairul bahriyah?
Ustazah :  Kenal. kawan baik ,kawan surau..dia sakit,hampir 3 bulan x dtg kerja.
Saya      :  iye.erm,ustazah boleh tak bagi nu cg.saya dah lost contact dengan cg..tk ustazah.

Kemudianlps dpt nu, saya terus mesej cg.. erm,cg tak relpy mesej.kemudian saya call,cg tak angkat.kemudian saya tunggu,dalam hati berkata mungkin cg sibuk memasak. jam menunjukkan pukul 1ptg.saya tidur sekejap sebab pukul4 nanti ada kelas.dalam pukul 1.30 ptg,saya bangun dan cuba call lagi sekali.alhamdulilah dijawab,tapi bukan cg yang angkat.dengan suara macam ayah cg. kebetulan time tu ada orang mesin rumput tak dengar sangat suara itu.. sekejap je perbualan tu...

Saya      : Salam,cg khairul bahriyah ada?
Ayah cg : Wasalm,maaf ,dia sakit sekarang.
Saya      :  Saya najihan,bekas pelajar dia.........

Kemudian panggilan tu terhenti sebab bunyi bising orang mesin rumput tu ..huhu.lepas tu ayah cg letak telefon...hrmmm..hati sebak..

Hrmm,saya memang sayangkan cg ni.tak pernah saya rasa persahabatan dan kasih sayang seprti cg.hrmm,dulu time matrik,bila tak paham sesuatu,saya akan terus rujuk cg.time saya lemah semangat,saya akan jumpa cg,bila tibe waktu solat,kita sama-sama pergi ke surau,saya memang rindu saat itu dengan cg. cg lah membuka mata saya tentang kepentingan agama dan keberkatan ilmu itu terletaknya hubungan kita dengan ALLAH.

Ketika saya sedang dalam proses tukar kos,cg siap call saya,hiburkan saya dan tibe-tibe cg cite tentang diri cg,cg pernah sakit,pernah ada student suka cg siap nak kawen.time tu tergaman jugak....dan macam2 lagi.sya tahu sekarang cg mengalami kesakitan dunia..ermmmm..saya rindu nak dengar suara cg..dah hampir 5tahun saya tak bersemuka dengan cg.cg selalu  ajak saya p umah cg , saya hanya mampu bgi janji sebab belum ada lesen dan kereta.ermmm,hampir 2 tahun tak contact cg,saya tsk pernah lupa cg....ermmm....saya tiada gambar memori kite.tapi setiap detik bersma cg sentiasa lekat dihati dan ingatan saya... pesanan ,nasihat,gelak tawa cg...ermmm...Ya ALLAH,bagilah aku kesempatan untk berjumpa beliau.semoga beliau cepat sembuh.aku benar-benar rindu akan beliau.hanya dalam doaku aku memohon padaMU.semoga cg cepat sembuh...amin...

Wednesday, February 22, 2012

2 hari yang mencabar

Salam semua,itulah ungkapan yang boleh dirumuskan untuk 2 hari memasuki pembelajaran di tahun akhir,. bukan bz dengan belajar je....ditambah dengan leader untuk konvensyen matematik malaysia.hrmmm,last minute tahu.alahai...sabar jelah.alhamdulilah baru siap tadi paperwork untuk minta peruntukkan.event dah xlama dah 9-10 mac. tajuk thesis??hrmm.masih membaca.tapi tahap rendah sgt,sbb fokus pada event tu.bila dah settle senarai nama nanti,insha ALLAH boleh fokus pada thesis.terima kasih taufik.state nama dia sebab dia banyak suggest buku ngan jounal yang boleh baca.terima kasih Allah permudah jalanku.tapi takleh duduk goyang kaki.bak kata mentor,pulun awal2 semester ni,nanti boleh fokus pada subjek exam terima kasih senior-senior yang baik hati bagi tips berharga untuk diri ini thanks syiera dan una.semoga kalian berjaya didunia dna akhirat. dahhh..nak tido,esok nak bangun awal ,baca thesis,jumpa prof ishak untuk konvensyen tu .semoga hari esok lebih baik dari hari ini.terima kasih ALLAH atas ketenangan yang Engkau beri pada hambamu ini meskipun kepenatan kian terasa.alhamdulilah..

Thursday, February 16, 2012

I Will Miss Them

Assalamuailakum,alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurniaNYA,keputusan saya meningkat dan melepasi target yang dihajati.Insha ALLAH,saya akan cuba lebih baik pada semester terakhir diukm untuk  mencapai target saya yang kedua.Sujud syukur saya panjatkan pada Allah yang banyak memberi rezeki dan kejayaan kepada diri ini. Allahuakbar...ok,ini intro berkaitan kejayaan yang tak seberapa.alhamdulilah.


Cerita yang ingin saya coretkan berkaitan dengna tajuk adalah,saya begitu gembira menjaga anak-anak saudara saya yang comel-comel belaka. ermm....minggu hadapan saya akan kembali berjuang sebagai pelajar semula. Azrul,Adzimin,Azzahra dan Azeeza, keempat-empat ini merupakan anak kak saya yang pertama. semoga mereka berempat menjadi anak yang soleh dan solehah..mula-mula bangun pagi jaga azeeza atau panggilan manja jija.hari-hari tolong mak,mandikan dia,bagi nestum,makan bubur dan bawa dia jalan-jalan,...jija baru nak masuk setahun,mata dia sangat bulat dan comel sangat.lincah walaupun tubuh agak kecil..kemudian lepas waktu pukul 2,azzahra,azrul dan adzimin akan pulang dari sekolah. siapkan baju mereka dan suruh mereka mandi.then ajar mengaji.... lps tu masak telur untuk diaorang.bilelah nak belajar makan lauk ni.huhu.dah puas pujuk..sabar jelah.hari-hari kepuk telur,azrul tak nak bawang,adzimin lak suka bawang. masing- masing
 nak chu yann yang buat.huhu....lepas tu,mereka sekarang ada geng,jadi biasenya kalau xmau buat keje sekolah lagi,saya lepaskan mereka main.make sure maghrib dah terpacak depan rumah.bukan apa,memahami perasaan mereka,sebab saya dulu pun hantu main,balik sekolah,terus p jumpa geng main- main.sampai tak ingat umah,balik2 dah ada rotan menunggu.hehehe...biarlah mereka aktif dan riang masa kecil,takut jugak nanti stress je bila disuruh belajar dengan paksaan.huhu.


Azzahra atau nama manjanya ara tak ikut bermain,jadi siang akan ajar dia buat keje sekolah.biasenya petang akan diisi dengan jaga jija dan bagi dia makan bubur,mandikan dia...tak lupa bagi kucing makan.hehehe...bila malam menjelma,siapkan baju-baju untuk mereka dan suruh mereka mandi,masakkan telur dan masing-maisng buat keje sekolah..serius saya guna pendekatan lembut dan manja kepada mereka ,tetapi tegas bila perlu.kita kan pernah alami zaman kanak-kanak,jadi bila dah berusia ni kan,kita patut letak diri kita macam kanak- kanak dulu bila menjaga mereka..sebagai sharing,ajarlah mereka sunnah nabi,saya selalu nasihat mereka duduk bila makan dan minum,baca doa bila nak belajar, dan ajak mereka tengok cite-cite islamik..semoga kalian berjaya didunia dan akhirat.


Cuma satu saya nak cite,suatu hari,azrul anak kak han yang sulung ni cakap " Chu Yann tak payah lah kawen,nanti dah x best.Adzimin pun mencelah jugak,xpayah kawenlah.. Saya pun cakap,xkan nak chu yann jadi andartu..mereka balas ,bagus jugak..haaa...xpayah kawen lgi bgus...ara pun mcm tu,buat muka setuju...huhu...kamu semua ni...chu yann tetap samelah...akan layan sama je sebelum dna selepas kawen..hehehe.tak sangka merea leh ckp mcm tu.


Hari-hari terakhir,muka mereka berubah je bila saya cakap,chu yann dah nak blik minggu depan.huhu...sebenarnya hati ni pun akan rindu saat-saat dengan kalian....mungkin kerna cuti sebulan ini, saya betul-betul manfaatkan bersama mereka.Allah,semoga Engkau permudahkan segalanya.terima kasih atas perasaan kasih dan sayang yang Engkau berikan antara kami.Engkau tautkan perasaan cinta dan sayang yang begitu ikhlas dalam jiwa aku dan anak-anak saudaraku..benar ya ALLAH,keikhlasan yang ku cari,memberikan aku satu kepuasan yang belum pernah ku temui..terima kasih Allah.Alhamdulilah =)

Monday, February 6, 2012

Disebalik Maulidur Rasul

Assalamuailakum dan salam Maulidur Rasul semua. Alhamdulilah,semalam dan hari ini, disajikan dengan makanan rohani yng cukup berharga.Semalam diizinkan olehNYA untuk menonton rancangan selawat di TV Al-Hijirah dan sempat menonton suatu drama yang cukup menyayat hati tajuknya "al- Ikhlas" di tv3. Memang menangis tengok drama tu.hrmm,ya ALLAH rasa diri ini jauh sangat-sanagt dariMu. Masih leka dan longlai dalam menjalankan ibadah terhadapMU. Terasa cemburu sangat bagi mereka yang khusyuk dan diberi hidayah oleh MU. Barakallah kepada pengarah dan penerbit rancangan-rancagan yang disebutkan tadi. Besar ganjaran yang mereka peroleh kerna membuatkan hati- hati penonton terusik dan terasa rindu  terhadapmu Ya Allah dan baginda Rasulullah S.A.W. 

Terasa begitu insaf sekali.malam ini pula sempat menonton cerita sejarah Islam di tv Al- Hijarah. Aku bersyukur sangat,sebelum ini hanya buku-buku sejarah islam dan tidak lupa pahlawan-pahlawan islam yang mampu memahamkan aku tentang sejarah agama Islam,namun tadi,aku dapat menonton penceritaan sebenar disebalik semua itu.Sungguh mengujakan dan terasa baginda dekat padaku. Teringat akan  pendekar-pendekar Islam seperti Bilal bin Rabah, Saidina Ali,Saidina Hamzah, Khalid Al- Walid. Terasa mereka hampir dengan jiwa ini. Ayat- ayat al- quran yang banyak menegaskan tentang jihad dalam peperangan ,membuatkan diri ini makin memahami mengapa Allah begitu tegas dalam menyeru umatnya berperaang. Teringat kisah bagaimana Rasulullah mencemuh umatnya yang berlengah dan enggan berperang. Allahuakbar. bila menonton drama yang penuh pengajaran itu, teringat akan Baginda ,bagaimana kuat dan kentalnya hati baginda dalam menegakkan Islam,bagaimana baginda berjuang berhabis-habisan dalam menegakkan kota suci Mekah dari kafir Quraisy, dan sebak sekali pabila Saidina Hamzah terkena anak panah oleh orang suruhan Hindon. Terasa sayu dan pilu disitu, asyik dan tersentuh pabila Bilal memperdengarkan azan pabila umat Islam berjaya menakluk semula kota Mekah.sungguh hati ini tersentuh dan bertambah kefahaman bagaimana perjuangan baginda dan para sahabat yang begitu kental dan bersemangat memperjuangkan Islam. subhanallah....
Sedikit perbandingan yang hasil dari pemikiran sendiri,pabila mengenangkan perjuangan Islam sekarang ,jauh teramat dengan perjuangan baginda dan para sahabat. tidak perlu pergi jauh,lihat sahaja negara kita,  kepentingan diri,nafsu,duniawi semata-mata tidak mampu merubah nasib umat Islam masa kini. Bagaimana kota Konstantinopel mampu ditakluk semula,bagaiman kota Cordova yang dahulu terkenal dengan ilmuwan-ilmuwan Islam kini hilang jejak-jejak Islam.nauzubillah Ya Allah, marilah kita sama-sama mendoakan umat Islam diseluruh dunia bangkit berjuang untuk agama Islam kita, bersama-sama panjatkan doa selepas solat bukan hanya untuk kebaikan kita semata-mata tetapi juga untuk kebaikan Islam secara amnya. Ya!! Memang benar Islam itu akan menang, tapi bukan dengan angan-angan dan omong-omong kosong, kerna ALLAH akan bagi jika kita bersungguh-sungguh berjuang keranaNYA. semoga rahamat ALLAH senantiasa melimpahi kita.barakallah semua.wassalam.

Thursday, February 2, 2012

......

Assalamuailakum.
No title in my mind.tibe-tibe tangan  terasa ringan untuk menaip tika seluruh  penghuni rumah nyenyak tidur.hrmm,tibe-tibe hati rasa sayu,banyak perkara yang ingin dikejar dan diimpikan,dan banyak jugak tindakan dahulu diimbaukan,hrmm..luahan ini bukan menagih simpati mahupun pujian,tetapi hati ini meronta-ronta ingin meluahkan apa yang terbuku dihati. Bila dilahirkan untuk menjadi anak bongsu,banyak kelebihan dan kekurangan,bukan untuk mengkritik ciptaan Sang Pencipta tetapi membuatkan diri ini berfikir dengan lebih matang untuk mara kehadapan.
 
hrmm,banyak perkara yang terasa,tetapi diri ini sentiasa ingat . " Najihan,control yourself, you must respect others who are older than you. Kan dah janji nak belajar erti sabar,jadi tahan dengan teguran dan kritikan serta ikhlas kerana ALLAH".  teringat akan seorang kenalan. diri ini selalu bertanya padanya, "kenapa awak susah meluahkan,tak rasa terbeban ke?kenapa awak susah ungkapkan sesuatu??.hrm,mungkin sifat sabarnya tinggi berbanding diri ini yang banyak kelemahana diri.
Allahuakbar, sabarlah duhai hati,ujian ALLAH itu indah bagi mereka yang benar-benar menyayangi dan memahami erti sebenar tirai kehidupan ini. yang baik jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.buang yang keruh ambil yang jernih. terasa tenang sedikit bila menaip. semoga ALLAH terus merahmati diri yang penuh dengan kekhilafan ini.wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...