Saturday, June 16, 2012

Sebak dalam Tawa


As salam, alhamdulilah, tinggal dua paper sahaja lagi untuk mengakhiri pengajian di ukm dan kemudiannya akan berpraktikal di kampung..hepi dan lega, namu jauh di sudut hati akan merindui ukm dengan sahabat, rakan, pensyarah-pensyarah, port2 istimewa dekat masjid, library, kafe...huhu..meskipun hati meronta-ronta nak balik umah cepat-cepat, nak peluk ma dan borak serta memasak bersama-sama master chef kite ini, rasa sebak juga untuk meninggalkan ukm,.hajat dihati mau sambung master bulan 9 perlu difikirkan semula.kemungkinan perlu masuk pada bulan februari memandangkan tarikh akhir praktikal adalah hujung september. so nanti, akan mengajar anak saudara dahulu yang akan mengambil upsr this year dan akan membulatkan mata menghadap laman sesawang untuk mencari keje sementara. hope adalah kolej-kolej swasta yang nak perlukan pengajar.huhu...dan kalau ada rezeki mau buat home tuition... 

niat di hati mau sambung belajar di luar negara...abang cakap ok, dan minta tunggu dia balik m'sia. ada harapan di situ. kalau ALLAH dah letak aku di mana-mana  negara orang nanti, insha ALLAH ke sana jua aku pergi.. banyak yang dipelajari sepanjang pembelajaran di ukm,tak kira berkaitan duniawi mahupun akhirat... ok...tak mau melalut dah..tinggal 2 paper lgi.27 hb Jun akan balik ke kg...doakan saya agar semua selamat.





surprise birthday saya hari tu .tk ;)

Saturday, June 2, 2012

Last but not Least


As salam semua. erm,bahang thesis, viva, dan stdy untuk final exam kian terasa. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya.semoga niat dipanjatkan hanya untukNYA dan seikhlasnya juga buat ibu-bapaku. moga kejayaan menjadi milik kita semua. 

Pada 25 May yang lalu, kelab Matematik yang aku sayang sangat telah menganjurkan satu jamuan ringkas untuk meraikan kami pelajar tahun 3 yang akan menamatkan pengajian ,.insha ALLAH. sekalung tahniah kepada organisasi yang terlibat. time ni,memang adik-adik 2nd year handle. kalau tak,sebelum ni, kami 3rd year yang akan handle program. alhamdulilah.syukur dah 1 tahun jihan menggalas tugas selaku pengerusi kelab. banyak yang telah dipelajari  terutama pembahagian masa, lebih akrab dan kenal pensyarah-pensyarah, suka sangat bila pensyarah tahu nama kita. jumpa je msti tegur. kemudian, selain itu, boleh tahu macam mna nak berurusan dengan pihak ukm dan paling penting, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengarn rakan-rakan sperjuangan. 
 
Oleh sebab tarikh tu 2 kali pinda dan ramai yang dah balik serta sibuk dengan tugas masing- masing,  jadi tak ramai sangat yang datang. takpelah yang penting, dapat mengumpul semua adik-adik, abang, kakak serta turut diundang pelajar master. semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan mendapat rahmat dariNYA.amin =)
 
 







 
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...