salam

Sunday, June 23, 2013

tRAVEL bANGKOK- pART 1

  Assalamuailakum dan Salam Sejahtera semua. Banyak yang jihan belajar selama tempoh tak berblogging ni. Hrmm, alhamdulilah jihan bawa misi nutrisi sampai ke Bangkok seminggu yang lalu. Serius, misi kami berbeza, mampu kumpulkan hampir 23 ribu pembawa nutrisi di seluruh Asia Pasifik. Namun bukan angka mahupun tempat yang ingin dikongsi tetapi, pengisian dan rentetan perjalanan itu yang membawa seribu erti kepada jihan.

 Perjalanan ke sana bukanlah mudah, seminggu adalah 4 hari menaik bus dan train manakala belajar mengenai misi nutrisi hanya 3 hari sahaja. Bangkok ditelusuri dengan menaiki bus dari KL ke Hatyai. Berhenti di Kedah sebentar mengambil rakan-rakan kelab nutrisi di sana dan seterusnya imegresen di Bukit Kayu Hitam dan akhirnya sampai ke Hatyai. Kemudian kami menaiki train dari Hatyai ke Bangkok yang memakan masa hampir 12 jam. Sunggu teruja dengan perjalanan kami, kerna insan yang berumur 6o tahun, 76 tahun turut bersama kami. Terasa pengertian misi ini sungguh LUAR BIASA!!!

Ketika menunggu train, jihan sempat beramah mesra dengan rakan-rakan nutrisi. Mereka penuh dengan kasih-sayang, berkongsi misi dan niat mereka ke Bangkok. Teruja , seperti sebuah keluarga besar dan keluarga kedua yang sungguh istimewa. Allah je tahu perasaan time tu. Semua ramah dan penuh kasih sayang.. time tu lagi teruja untuk bersama-sama sampai ke Bangkok nanti.

Tak sabar nak cite time dah sampai..heeeee (part 2 ). Sambung study lak <3
gambar senget sikit..hihi =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...