salam

Wednesday, October 2, 2013

KUATKAN SEMANGAT~~~


Macam sedih je bunyi title post ni, secara jujurnya saya memang tengah stress untuk pengurusan diri sendiri... Sekali lagi, SAYA STRESS
 

HUH!! Bebanan Tanggungjawab sebagai student master memang menguji kekuatan dalaman. Bohong sesangat lau cakap master ni kacang. Tak terkejar mana satu nak study dulu oiiii. Tapi honestly, Stress wujud bila diri sendiri tak pandai manage masa dengan sebaiknya. SEDARLAH YE NAJIHAN =( =(. Hari-hari rasa macam ni..haaaaaaaaaaaaa....


Okeyh, time to reflect diri, Nape hang lagu ni haa, tibe-tibe macam LOST jer. huhu.


Dan TERAPI terbaik yang patut saya buat, calling my mom.. tak cite pun masalah, cuma rindu nak dengar suara ma. Konon-konon macho, tapi dalam hati Allah je tahu.


Lepas call mak, saya semak balik impian saya.. Why i'm be here??? Dalam hati berkata, AKU TAKLEH BERHENTI. FOKUS, FOKUS,FOKUS,FOKUS, IKHLAS KERANA ALLAH. UNTUK MA DENGAN AYAH, JADI LECTURER YANG SUMBANGKAN PADA BANGSA DAN AGAMA,  BUKA PUSAT TUISYEN SENDIRI DENGAN DUIT SENDIRI. BOLEH BAWAK MA NGAN AYAH PERGI HAJI TIAP-TIAP TAHUN. SUMBANG ZAKAT UNTUK UMAT ISLAM. BANYAKKAN SEDEKAH. JADI ISTERI DAN ANAK SOLEHAH.

YA ALLAH, banyaknya impian aku...macam mane ni kalau aku sendiri lembik.erggghhhh. Sem ni tak leh main-main,kerja keras untuk kehidupan seterusnya. Aku sayang bidang pendidikan dan herbalife =)..



Terima kasih Allah kerna banyak memberi  kekuatan. Dan ianya datang, bila aku benar-benar berbicara denganMU. Alhamdulilah.





Sentiasa muhasabah diri, " Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". [2;286]. Gamabateh najihan !!!!!



Tuesday, September 17, 2013

SELF-IMPROVEMENT


Hai semua. Salam Isyak. Hrmmm, jihan beberapa hari ni, mostly one week asyik moody jer. Study pun macam hampeh jer..Okeyh, terasa diri malas dalam semua segi sekarang. I need to change, banyak benda kena perbaiki. Erkkk, nobody can change me except myself. Stop complaining and chit chat about others. Time to see what wrong in myself. Ya Allah, bagilah aku kekuatan dalaman untuk kuat dan jelas dengan matlamat hidup aku. 
Banyak benda nak cite, but totally i need to do some checklist what i'm doing everyday. As earlier post, jihan anggap blog ni, as diari to me. Moga nanti boleh jadi kenangan time tua =_=. Merapu dah..Jom tengok perangai yang perlu diperbaiki. Slow2 sayang... Saya sayang diri saya.
Checklist:
(A) Daily Routine
1-Saya BANGUN AWAL setiap pagi.
2-Saya SUKA DATANG AWAL 10 MINIT sebelum kelas bermula.
3- Saya SUKA TULIS TO-DO LIST EVERY DAY.
4- Saya PANDAI BAHAGIKAN MASA STUDY DAN TIME MAIN.

5- Saya SUKA SUSUN JADUAL SETIAP HARI
6- Saya  FOKUS SETIAP HARI DI DALAM KELAS.
7- Saya SUKA MINUM NUTRISI SEBELUM KE KELAS.
8- Saya PELAJAR CERDIK DENGAN BACA NOTA DAN RUJUKAN DAHULU SEBELUM  KE KELAS.
9- Saya SUKA BERTINDAK SEGERA TANPA MENUNGGU ARAHAN.
10- Saya SUKA BACA BUKU MOTIVASI 1 BUAH/WEEK
11- Saya SUKA KEJAYAAN (3.5 ABOVE).
12- SAYA SUKA CALL  MAK 3KALI/WEE.

(B) Herbalife:
1- Saya SUKA KE TRAINGIN SETIAP MINGGU.
2- Saya SUKA MENGAPLIKASI APA YANG SAYA BELAJAR DI DALAM TRAINING KE DALAM HERBALIFE.
3- Saya SUKA BERCAKAP DENGAN RAMAI ORANG MENGENAI NUTRISI HERBALIFE.
4-Saya SEORANG YANG KOMITED DALAM ROADSHOW DAN FLYERS DENGAN IKHLAS BANTU ORANG UBAH KESIHATAN DAN KEHIDUPAN.
5-Saya SUKA FOLLOW UP CUSTOMER DAN SHARE TIPS KESIHATAN.

Semoga aku istiqamah ya Allah, perbaiki sedikit demi sedikit. Semoga kejayaan itu milik kita bersama. Ameen=)


Saturday, September 14, 2013

Herbalife =)

Bismilahirahmanirahim, dah berkubur je rasanya blog ni, aishhhh. Tekad nak mula konsisten menulis balik meskipun tak tahu berapa ramai yang rajin jenguk blog ni. Hahaha, yang penting jihan rasa puas kan. Kikiki. Okeyh, actually jihan sekarang tengah baru sahaja masuk semester baru sebagai pelajar master dalam pengurusan matematik dan kewangan di UKM Bangi. Alhamdulilah pencapaian yang sangat memberasangkan semester lepas. Terima Kasih Allah. =)
 
Actually, jihan lupa nak promote diri sendiri yang selain bergelar pelajar, jihan juga sedang buat herbalife secara "part-time". Sebenarnya, dah lama jugak. Nak masuk 7 bulan dah!!!!. Malunya tak share dekat sini. Erkkk, jadi jihan share sikit testimoni yer, Assalamuailakum, nama saya Najihan berusia 24 tahun dan masih lagi menuntut ilmu di UKM, Bangi. Sebelum kenal herbalife, jihan ada cabaran kesihatan seperti masalah ANGIN DALAM BADAN, SENGUGUT YANG KRONIK PADA HARI PERTAMA DAN KEDUA, SAKIT BELAKANG, JERAWAT DI MUKA dan RESDUNG DI PAGI HARI. Alhamdulilah, pada hari PERTAMA mengamalkan nutrisi ini, BANGUN PAGI BADAN TERASA RINGAN DAN SANGAT-SANGAT MUDAH BANGUN DARIPADA TIDUR. CABARAN KESIHATAN TADINYA SUDAH SEMAKIN IMPROVE. BONUSNYA, SAYA TURUN  7KILO DALAM MASA 7 MINGGU dan TOTAL LOST 9 KILO. THANK YOU ALLAH THANK YOU HERBALIFE =).
 
Cewahh, macam tengah share testimoni dekat event jer..hahahha. Sebenarnya, why jihan stay dengan herbalife sebab utama adalah product dia, gempak!!!!. Dan of course testimoni-testimoni dari semua penggunanya. Memang terbakar. Ada yang dah minum lebih daripada 6 tahun pun ada. Memang dah jumpa face to face. Lagi kuat why nak makan, bukan sebab nak cantik je tapi banyak aura-aura positif meresap dalam diri bila kita memilih untuk mengambil nutrisi yang baik untuk tubuh kita. Jihan just nak share sikit  gambar before and after.
 


Okeyh, ni pic awal 2012. Time kenduri kawen member. Macam belon je pipi, Tangan pun gebu je. 
Next,

Ni lak hujung bulan 12, tengok situ ada tertulis date dia, Erkk, pipi bertambah maju =_=

Dan ni, gambar coach ambil time awal2 nak start program makan produk. Hohoho... mmg pipi macam belon, time ni muka cepat penat dan lesu.
 
 
 
Dan ni gambar after.hehehe....Ni time satu event herbalife. 
 


 
 This one time dinner kolej, hepinya pakai baju ni sebab beli dulu tahun 2009, tapi xpernah muat. Hari tu time cari pasport, terjumpa baju ni dalam bagasi, pe lagi tangan ni gatal lah sarung, bila try, ya ALLAH muat ker???? haaa, x cayanya. Alhamdulilah.
Jihan nak share sikit  yang herbalife ni bukanlah ubat kurus. Kan awal-awal tu jihan ada cite pasal cabaran kesihatan jihan, secara amnya jihan ambil ni nak atasi masalah angin dalam badan yang asyik sedawa dan buatkan tubuh, muka asyik letih dan hasilnya kita memang kuat tido. Itu jer... Tapi itulah, tak tahu langsung kebaikannya boleh atasi sengugut, jerawat, sakit belakang, dan bonus pe lagi lost weightlah...hehehee. so, kita nak satu, tapi dapat more than that.  Alhamdulilah.
So, kalau anda serius dan mahu ubah cara pemakanan anda kepada gaya hidup yang lebih sihat disamping memperbaiki kesihatan bolehlah pm jihan dkt fb jihan sendiri.  Fb atau email kiter dekat najihanawang@yahoo.com.my. Free coaching okeyh. Jom ubah gaya pemakanan kita kepada nutrisi yang lebih sihat =)

Sunday, June 23, 2013

tRAVEL bANGKOK- pART 1

  Assalamuailakum dan Salam Sejahtera semua. Banyak yang jihan belajar selama tempoh tak berblogging ni. Hrmm, alhamdulilah jihan bawa misi nutrisi sampai ke Bangkok seminggu yang lalu. Serius, misi kami berbeza, mampu kumpulkan hampir 23 ribu pembawa nutrisi di seluruh Asia Pasifik. Namun bukan angka mahupun tempat yang ingin dikongsi tetapi, pengisian dan rentetan perjalanan itu yang membawa seribu erti kepada jihan.

 Perjalanan ke sana bukanlah mudah, seminggu adalah 4 hari menaik bus dan train manakala belajar mengenai misi nutrisi hanya 3 hari sahaja. Bangkok ditelusuri dengan menaiki bus dari KL ke Hatyai. Berhenti di Kedah sebentar mengambil rakan-rakan kelab nutrisi di sana dan seterusnya imegresen di Bukit Kayu Hitam dan akhirnya sampai ke Hatyai. Kemudian kami menaiki train dari Hatyai ke Bangkok yang memakan masa hampir 12 jam. Sunggu teruja dengan perjalanan kami, kerna insan yang berumur 6o tahun, 76 tahun turut bersama kami. Terasa pengertian misi ini sungguh LUAR BIASA!!!

Ketika menunggu train, jihan sempat beramah mesra dengan rakan-rakan nutrisi. Mereka penuh dengan kasih-sayang, berkongsi misi dan niat mereka ke Bangkok. Teruja , seperti sebuah keluarga besar dan keluarga kedua yang sungguh istimewa. Allah je tahu perasaan time tu. Semua ramah dan penuh kasih sayang.. time tu lagi teruja untuk bersama-sama sampai ke Bangkok nanti.

Tak sabar nak cite time dah sampai..heeeee (part 2 ). Sambung study lak <3
gambar senget sikit..hihi =)

Thursday, March 28, 2013

New Life New Challenge

Assalamuailakum, lama dah tak menaipppp.sihat semua. hehehe... i'm now doing master. alhamdulilah, it's quite tough but jihan yakin, jihan boleh buat. doakan jihan ye kawan-kawan.=)
okeyh, alhamdulilah kesemua impian jihan tahun lepas ALLAH permudahkan. rasa terharu dengan pemberian ALLAH. terima kasih sangat2 ALLAH.
For this year.. ada bebarapai misi sehingga bulan 6 yang perlu dibuat dengan kuat dan gigih
 
1)master semester 1- hope dapat ambil 2 subjek je semester ni. sebab banyak komitmen nak dibuat. dapat 3.5  above. ini aim jihan...yang penting semua ilmu yg belajar tu paham, bukan nak result cantik je.=)
2) mengajar adik-adik degree dengan sebaiknya. tolong hambamu YA ALLAH untuk mencurahkan ilmu kepada mereka
3)keje part time- eceh...sebenarnya jihan keje part time jugak. tu yg xsggup tgok stdy ambil byk paper. huhu.. hepi dgn part time ni. alhamdulilah pendptn skrg dalam rm1000-rm1300. nak tahu jihan kje apa. in shaa ALLAH nnti2 jihan cite.
4) fokus untuk perkahwinan- in shaa ALLAH, doakan jihan semoga semua yang dirancang berjalan lancar.
5) perbaiki diri-perlu kuat dan banyakkan motivasi.

jihan suka coretkan impian agar sentiasa lekat di kepala. ini impian untuk half of this year. semoga engkau permudahkan perjalananku Ya ALLAH. ameen


Wednesday, December 5, 2012

Degil

Assalamuailakum, lama sudah tidak menaip disini. Lamanya meninggalkan dunia blog ni. erm, tak tahu nak menaip ape, ada masalah negara pun segan nak cite kat sini. Hrm, bila someone suruh kite buat itu, ini....saya bukanlah insan yang suka dipaksa-paksa. Memang sejak kecil kedegilan saya adalah payah untuk membuat sesuatu jika saya rasa saya betul melainkan bila mak tinggikan suara, buat suara sedih2... barulah tunduk dan sedar diri yang i'm still young. Time dapat offer p oversea, time nak p cuti kat new zealand. Semua misi itu tergendala, gara-gara mak buat muka sedih, cakap xpayah p lah.. Hok lain semua saya bertegas.. Hrmm, ni mai lak seseorang nak mintak saya buat itu dan ini, ayoyoyo.. nak jadikan cite, bila umur dah lanjut soal jodoh mesti mai hinggap dekat kepala, Macam akak ni sorang cakap, jihan kira untung diberi pilihan. Untung ker??? ..hrmm...dari sekolah lagi, kalau boleh xmau ada pilihan.. ikut je, sebab malas nak semak kepala pikir.. Ya ALLAH, engkau mengetahui yang terbaik untuk hambamu.. Entah macam mana entri ni nak cite pasal jodoh. Sejujurnya, saya bukan insan yang bersedia seratus peratus. Keutamaan saya ibu-bapa saya, Mereka adalah kebahagiaan utama saya. Itu sahaja, Calon itu ramai, tapi biarlah ALLAH sahaja petik untuk membimbing saya dan moga insan yang dipetik itu mampu merealisasikan  impian saya bahawa kebahagian itu bukan sahaja di dunia tapi juga diakhirat sane. Ameen....

Thursday, August 2, 2012

Alhamdulilah

As salam semua, dah lama  tak update blog. Syukur dipanjatkan pada Ilahi. Akhirnya sem lepas dapat juga mencapai target. Maha Pemurahnya ALLAH, saya dapat dekan untuk keputusan peperiksaan lepas. Alhamdulilah, mak dan ayah gembira dengan berita itu.Sekarang sedang praktikal, tinggal satu je lagi perkara yang perlu dilunaskan. Semoga ALLAH permudahkan.amin=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...