salam

Friday, January 27, 2012

My Hopes

Salam semua,alhamdulilah dah hampir separuh perjalananku sudah ku harungi sebagai pelajar ijazah sarjanamuda. Tinggal satu semester sahaja lagi untuk diri ini terus berusaha dan merebut pahala dalam menuntut ilmu akademik. Cuti semester ini banyak juga azam dan tekad untuk semester terakhir dan tahun-tahun mendatang. Perancangan yang tak seberapa,yang bukan untk dibanggakan ,tetapi peringatan pada diri ini,amanah yang dipikul bukan menharap pujian dari  manusia tetapi mengharap pujian dari Ilahi diakhirat sana. insha ALLAH moga apa yang dihajati mampu merubah diri ini menjadi insan yang Engkau kasihi. Antara yang ingin digapai:

1- Cuti semeseter ini, ingin belajar erti sabar dalam semua perkara. Bermula dengan menjaga anak-anak saudara. Ianya rutinku pabila pulang ke kampung,Namun aku cuba merubah cara dan erti layananku,kini aku mengharap tindakan dan segala perbuatanku ikhlas kerana ALLAH,bukan mengharap penghargaan manusia, moga-moga aku mampu  menggapai apa yang dihasratkan.amin.

2- Cuti ini juga dimanfaatkan dengan mencari dan menyelesaikan pencarian tempat praktikal.insha ALLAH mungkin tempatku di KWSP cawangan kemaman,dekat dan mudah untukku bergerak.moga ALLAH permudah urusanku.

3- Cuti  semester ini juga ingin menelaah sedikit untuk semester hadapan.tajuk thesis masih blur,mungkin menunggu siapa penyelia dan baru pikirkan tajuk yang sesuai. Jadi cuti ini perlu dimanfaatkan dengan membaca subjek yang akan dipelajari semester hadapan.

4- Semester hadapan,bercadang ingin mengambil lesen kereta, membeli kamera dan menyimpan sedikit untuk pengajian master nanti.insha ALLAH.aku hanya mampu merancang,hanya ALLAH penyudah perjalananku.

5- Terakhir dan memang ini impainku,moga-moga aku mampu memberikan senyuman diraut wajah ibu-bapaku. Segulung ijazah dengan sedikit penghargaan dari pihak universiti.aku betekad untuk mendapat anugerah dekan. moga Engkau memberi kekuatan kepadaku Ya Allah.amin


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...