Assalamuailakum dan salam Maulidur Rasul semua. Alhamdulilah,semalam dan hari ini, disajikan dengan makanan rohani yng cukup berharga.Semalam diizinkan olehNYA untuk menonton rancangan selawat di TV Al-Hijirah dan sempat menonton suatu drama yang cukup menyayat hati tajuknya "al- Ikhlas" di tv3. Memang menangis tengok drama tu.hrmm,ya ALLAH rasa diri ini jauh sangat-sanagt dariMu. Masih leka dan longlai dalam menjalankan ibadah terhadapMU. Terasa cemburu sangat bagi mereka yang khusyuk dan diberi hidayah oleh MU. Barakallah kepada pengarah dan penerbit rancangan-rancagan yang disebutkan tadi. Besar ganjaran yang mereka peroleh kerna membuatkan hati- hati penonton terusik dan terasa rindu terhadapmu Ya Allah dan baginda Rasulullah S.A.W.
Terasa begitu insaf sekali.malam ini pula sempat menonton cerita sejarah Islam di tv Al- Hijarah. Aku bersyukur sangat,sebelum ini hanya buku-buku sejarah islam dan tidak lupa pahlawan-pahlawan islam yang mampu memahamkan aku tentang sejarah agama Islam,namun tadi,aku dapat menonton penceritaan sebenar disebalik semua itu.Sungguh mengujakan dan terasa baginda dekat padaku. Teringat akan pendekar-pendekar Islam seperti Bilal bin Rabah, Saidina Ali,Saidina Hamzah, Khalid Al- Walid. Terasa mereka hampir dengan jiwa ini. Ayat- ayat al- quran yang banyak menegaskan tentang jihad dalam peperangan ,membuatkan diri ini makin memahami mengapa Allah begitu tegas dalam menyeru umatnya berperaang. Teringat kisah bagaimana Rasulullah mencemuh umatnya yang berlengah dan enggan berperang. Allahuakbar. bila menonton drama yang penuh pengajaran itu, teringat akan Baginda ,bagaimana kuat dan kentalnya hati baginda dalam menegakkan Islam,bagaimana baginda berjuang berhabis-habisan dalam menegakkan kota suci Mekah dari kafir Quraisy, dan sebak sekali pabila Saidina Hamzah terkena anak panah oleh orang suruhan Hindon. Terasa sayu dan pilu disitu, asyik dan tersentuh pabila Bilal memperdengarkan azan pabila umat Islam berjaya menakluk semula kota Mekah.sungguh hati ini tersentuh dan bertambah kefahaman bagaimana perjuangan baginda dan para sahabat yang begitu kental dan bersemangat memperjuangkan Islam. subhanallah....
Sedikit perbandingan yang hasil dari pemikiran sendiri,pabila mengenangkan perjuangan Islam sekarang ,jauh teramat dengan perjuangan baginda dan para sahabat. tidak perlu pergi jauh,lihat sahaja negara kita, kepentingan diri,nafsu,duniawi semata-mata tidak mampu merubah nasib umat Islam masa kini. Bagaimana kota Konstantinopel mampu ditakluk semula,bagaiman kota Cordova yang dahulu terkenal dengan ilmuwan-ilmuwan Islam kini hilang jejak-jejak Islam.nauzubillah Ya Allah, marilah kita sama-sama mendoakan umat Islam diseluruh dunia bangkit berjuang untuk agama Islam kita, bersama-sama panjatkan doa selepas solat bukan hanya untuk kebaikan kita semata-mata tetapi juga untuk kebaikan Islam secara amnya. Ya!! Memang benar Islam itu akan menang, tapi bukan dengan angan-angan dan omong-omong kosong, kerna ALLAH akan bagi jika kita bersungguh-sungguh berjuang keranaNYA. semoga rahamat ALLAH senantiasa melimpahi kita.barakallah semua.wassalam.
No comments:
Post a Comment