As salam, alhamdulilah,dengan impah kurniaanNYA, travel secara solo yang pertama kali dibuat oleh diri ini berjalan lancar. Syukur alhamdulilah,selamat saya pergi dan pulang.
Nak cite dari mana yer???ecece...macam ramai je stalker blog ni...hehehe..ini jelah kenangan time muda-mudi. nanti dah tua-tua leh tunjuk dekat anak-anak dan cucu perjalanan hidup ini yang tidak seberapa....banyaknya melalut intro ni..okeyh!!jom cite...
Alhamdulila,flight dari pukul 3.25petang pada 21hb April bersamaan dengan hari Sabtu selamat mendarat di Terminal Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 6.00 petang.syukur tak terhingga time tu sebab inilah kali pertama saya bercuti seorang diri..huhu..semasa dalam flight,sempat borak dengan adik yang berusia 21 tahun,tak ingat nama dia , tak silap IRA, orang kundasang. okeyh... kawan saya masa medik dulu, Zatil bersama ibunya yang sangat sweet dan saya sangat suka datang menejemput saya. kebetulan pada hari saya sampai ayah Zatil baru lepas operate. sepanjang perjalanan hendak ke rumahnya,subhanallah,cantiknya kota kinabalu.pulau2 di sebelah kiri dan kanan memang memukau mata ini.kagum dengan ciptaan ILAHI.
Sampai dirumah, dijamu dengan kari ikan yu yang sangat sedap.hehe..lepas tu,kawan baikku semasa plkn dahulu ,Khalisah yang kebetulan tinggal berdekatan dengan rumah Zatil. ayah Zatil ketika itu felo asrama yang Khalisah duduk.tak sangka.ALLAH permudah segalanya..so,malam tu borak-borak untuk plan kami spanjang jihan berada di Sabah....pastu tido...kat sane..saya tido awal dan bangun awal.sebab subuh di sana pujul 4.30 ++.. awal kan +_+
Keeseokannya, saya, Khalisah dan 3 orang kawannya An- an, Chai dan Sally telah pergi ke Kundasang. kami bertolak pukul 10.30 dari rumah Zatil. Zatil tidak dapat join sebab kakak2 Zatil nak datang umah melawat abahnya yang baru lepas operate.time tu ,jihan pun bersalah.sebab tak tunggu sma2.mereka paham sebab jihan hnya stay 4 hri je..huhu..
So,kami bertolak dalam kehujanan dan sampai ke Kundasang pada pukul 1.30 ptg. Alhamdulilah,akhirnya sampai juga ke sana dengan menaiki pengangkutan awam... sejuk sangat cuaca kata sana. Lisa telah bawa jihan ke Desa Park @ nama famousnya Kg New Zealand, lepas tu pergi ke Kundasang Memorial Park yang tak jauh dari Desa Park. Selepas itu, kami mengambil van untuk pergi ke Kinabalu Park..ini kira kaki2 Gunung Kinabalu... jihan memang syorkan Kundasang adalah tempat wajib yang patut korang pergi!!memang best.
okeyh.pada hari berikutnya,p Pasar Filipin..huhu..tak ingat nak snap pic...seronok membeli belah...banyak gila shoping..huhu.bukan untuk diri sendri.tapi dari pesanan penaja.huhu..
oh,lupa before p pasr tu, sempat p UMS dengan Zatil families..seronok jugak tengok UMS ni...kalau nak tahu UMS mula ditubuhkan pada 1994...muda kan??? ukm sangatlah tua..1976...jadi,anda semua leh compare cmne lah bangunan antara universiti ni..hehehehe...
hari last, lepas hantar adam (adik Zatil), ayah Zatil bawak kami p makan kat kedai yang best...hehehe....sedap sangat laksam.kedai tu pemiliknya orang kelantan.hehee..lepas tu, sempat p jambatan gantung TAMPLIN. tak silaplah..ada sejarah disitu..lpas tu,blik rumah dan dalam pukul 10.30 bergerak dengan lisa pergi ke 1 BORNEO @ 1B. okeyh, ni 1 st time saya tengok movie..huhu...mereka yang pilih tajuk cite..tajuknya sedap THE DARK FLIGHT.ingatkan cite omputih,sekali...Thailand..ambik kau....then..cite hantu..pe lgi...menjerit- jerit kami dpanggung yang dipenuhi oleh 5 org shaja..mujur 5orang..filem tu memang mantaplah...kesian jihan. 1st time tgok wayang..mereka bagi tgok cite hantu.hehehe..tapi seronok.then lepas tu p makan pizza....zatil belanja..banyak giler kami makan.terima kasih zatil...
okeyh. dalam pukul 4 lebih,kami bertolak ke aiport.saya dah nak balik..huhu..rasa cam xmau balik.seronok duk sana.terima kasih kepada Zatil sekeluarga yang menerima kunjungan saya..saya rasa beruntung Zatil dapat mak dengan ayah yang sangat baik bagi saya. kepada Zatil, semoga dipermudahkan segalanya..hehehe...insha ALLAH, jodoh Zatil dengan si dia adalah yang terbaik..dan untuk my beloved friend, Khalisah, terima kasih sebab kau sanggup habiskan masa, duit dan tenaga teman jihan .terharu sangat.semoga berjaya ye...dan selamat menikah nanti..semua dah nak kawen...seronok dengar cerita mereka semua...kenangan-kenagan bersama kalian semua takkan dilupakan.terima kasih.selamat tinggal sabah bah =)
2 comments:
macam kenal je zatil tu...mak die cikgu kan...huhu..dulu die duduk dkt hulu langat,selangor kan..?
a'ah hamizah.kenal ker?
Post a Comment