Untuk Dia ....
as salam, erm... rasa tenang menghambat diri dikala bulan terus mewarnai awan yang kelam dan matahari kian beradu di awan nano sana.. syukur dihati dan ungkapan ALHAMDULILAH aku panjatkan pada ALLAH yang masih memberi ruang untukku menghirup molekul-molekul oksigen. terasa malu dengan diri sendiri. dosa makin hari makin bertambah dan ada pasang surutnya, namun oksigen yang ku terima tiada kurangnya.....permulaan yang penuh syahdu...ni semua gara-gara kena buat sajak berkaitan salah satu subjek major. tak habis lagi mengedit, sambil menunggu seorang lagi rakan menghantar bahagiannya. rehat sebentar daripada menghadap thesis yang masih belum siap. Ya ALLAH, insan ini terlampau bermain dengan masa dan terasa diri ini terlalu banyak melakukan perkara sia-sia. ermmm.....beberapa hari lepas,kepala ini disinggahi dengan pelbagai persoalan mengenai kehidupan pada masa hadapan. tinggal beberapa hari lagi, umurku akan berganjak ke angka 23 tahun. terasa diri masih jahil dan kerdil dalam segala segi, siapalah bakal suamiku, siapalah bakal memimpinku untuk berjuang merebut syurgaMU. tiada istilah berharap tanpa usaha. ya ALLAH, andai jodohku makin hampir, engkau permudahkanlah segala urusanku ke arah jalan itu. Kurniakanlah daku seorang suami yang mampu membahagiakan hati ke menuju MU. Ya ALLAH, hanya rahmatMU mampu memimpinku ke jalan yan Engkau redhai. Pimpinlah daku bersama bakal suamiku.amin ^_^
(thanks nadiah for the pic =) )
No comments:
Post a Comment