Assalamuailakum, lama sudah tidak menaip disini. Lamanya meninggalkan dunia blog ni. erm, tak tahu nak menaip ape, ada masalah negara pun segan nak cite kat sini. Hrm, bila someone suruh kite buat itu, ini....saya bukanlah insan yang suka dipaksa-paksa. Memang sejak kecil kedegilan saya adalah payah untuk membuat sesuatu jika saya rasa saya betul melainkan bila mak tinggikan suara, buat suara sedih2... barulah tunduk dan sedar diri yang i'm still young. Time dapat offer p oversea, time nak p cuti kat new zealand. Semua misi itu tergendala, gara-gara mak buat muka sedih, cakap xpayah p lah.. Hok lain semua saya bertegas.. Hrmm, ni mai lak seseorang nak mintak saya buat itu dan ini, ayoyoyo.. nak jadikan cite, bila umur dah lanjut soal jodoh mesti mai hinggap dekat kepala, Macam akak ni sorang cakap, jihan kira untung diberi pilihan. Untung ker??? ..hrmm...dari sekolah lagi, kalau boleh xmau ada pilihan.. ikut je, sebab malas nak semak kepala pikir.. Ya ALLAH, engkau mengetahui yang terbaik untuk hambamu.. Entah macam mana entri ni nak cite pasal jodoh. Sejujurnya, saya bukan insan yang bersedia seratus peratus. Keutamaan saya ibu-bapa saya, Mereka adalah kebahagiaan utama saya. Itu sahaja, Calon itu ramai, tapi biarlah ALLAH sahaja petik untuk membimbing saya dan moga insan yang dipetik itu mampu merealisasikan impian saya bahawa kebahagian itu bukan sahaja di dunia tapi juga diakhirat sane. Ameen....
Wednesday, December 5, 2012
Thursday, August 2, 2012
Alhamdulilah
Saturday, June 16, 2012
Sebak dalam Tawa
As salam, alhamdulilah, tinggal dua paper sahaja lagi untuk mengakhiri pengajian di ukm dan kemudiannya akan berpraktikal di kampung..hepi dan lega, namu jauh di sudut hati akan merindui ukm dengan sahabat, rakan, pensyarah-pensyarah, port2 istimewa dekat masjid, library, kafe...huhu..meskipun hati meronta-ronta nak balik umah cepat-cepat, nak peluk ma dan borak serta memasak bersama-sama master chef kite ini, rasa sebak juga untuk meninggalkan ukm,.hajat dihati mau sambung master bulan 9 perlu difikirkan semula.kemungkinan perlu masuk pada bulan februari memandangkan tarikh akhir praktikal adalah hujung september. so nanti, akan mengajar anak saudara dahulu yang akan mengambil upsr this year dan akan membulatkan mata menghadap laman sesawang untuk mencari keje sementara. hope adalah kolej-kolej swasta yang nak perlukan pengajar.huhu...dan kalau ada rezeki mau buat home tuition...
niat di hati mau sambung belajar di luar negara...abang cakap ok, dan minta tunggu dia balik m'sia. ada harapan di situ. kalau ALLAH dah letak aku di mana-mana negara orang nanti, insha ALLAH ke sana jua aku pergi.. banyak yang dipelajari sepanjang pembelajaran di ukm,tak kira berkaitan duniawi mahupun akhirat... ok...tak mau melalut dah..tinggal 2 paper lgi.27 hb Jun akan balik ke kg...doakan saya agar semua selamat.
surprise birthday saya hari tu .tk ;)
Saturday, June 2, 2012
Last but not Least
Saturday, May 26, 2012
I Luv Math =)
Puisi
hati: Aku adalah matematik
Dulu aku dipandang sepi,
Ibarat bintang yang dikaburi cahaya neon,
Tanpa diduga ombak besar melanda bumi
anbiya mesir,
Anakku geometri menjadi sebutan dikala
rakyat jelata mengeluh kesah,
Muncul insan bernama Ahmes yang menggilai
anakku,
Geometri makin dikenali di pelosok
dunia.
Bintangku kian bersinar,
Aku mula bertapak di Eropah,
Aku bisa menakluki 5 tamadun di sana,
Tamadun Rom dan Byzantin ,memahatkan
kemasyhuranku,
Munculnya Leonardo
Fibonicci menjumpai pasangan kembar anakku
trigonometri yang telah lama menghilang.
Namaku kian harum bak mawar merah,
Hingga ke puncak tembok besar China, Shu menjadi siulan mereka,
Tali dan simpulan menjadi saksi diriku tersohor
di situ,
Nol yang tersemat di dadaku dipanggil
Ling oleh mereka,
Kerana cintanya mereka terhadapku,
Aku diabadikan di Shusu Jiyi,
Aku kian dipandang hadap oleh Li Zhi dan
Jiushao.
Hati kecilku ketawa riang.
Aku bertambah bahagia, menumpang kasih
bersama Archimedes,
Hebatnya dikau hingga digelar Putera Matematik,
Aku sangat terharu namaku menjadi
gelarannya di pelosok dunia,
Mekanik, optik, hidrostatik menjadi taulannya,
Sahabatku ini bukan calang-calang orangnya,
Langkahnya terus maju dek bisa
memecahkan kebohongan si tukang emas durjana,
Namun aku cukup terkilan,
Sahabatku yang ku sayangi ini tersungkur
ditangan musuhnya.
Kecerdikannya tiada tolak bandingan,
Tidak ku sangka semangat inkuirinya
terhadap falsafah sains, alam dan teologi,
Hayunannya digagahi hingga mampu
mencatitkan 70 makalah,
Manusia kian memujamu hingga coretanmu
disematkan di analisis sintesis,
Engkaulah permata hatiku duhai Ibnu
al-haitham.
Oh kalkulus, dahulunya
aku tidak bisa memujukmu hingga dikau merajuk ke lautan sana,
Tidak ku sangka
adanya insan yang mahu mengenalimu,
Kasihnya padamu
tak terpermanai dengan butiran kata,
Kalkulus, lema, Fluxion menjadi bukti kasihnya padamu,
Aku tersenyum
jauh disini, ada rasa bahagia melihat dikau bersamanya,
Hinggalah angka keramat 1727 memberikan satu impak besar
padamu,
Namun engkau
tidak pernah mengadu pilu,
Kerna bagimu
Newton itu tidak pernah terkubur di dalam hatimu.
Secebis kata
yang ku titipkan disini bukannya mahu riak di dada.
Tapi aku bangga
kerna bisa membuka mata dunia,
Aku bisa
menolong manusia mencari solusi,
Hingga cintanya
mereka padaku mencecah tahap infiniti,
Kini langkahku
kian besar dan terus maju di puncak sana,
Kewujudanku
makin dipandang hadap,tiada lagi istilah dipandang belakang,
Semoga diriku
terus mekar mengharumi dunia.
Tuesday, May 22, 2012
Untuk Dia ....
Monday, May 14, 2012
Terima Kasih Ujian ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)








