salam

Friday, December 23, 2011

:: Kerna RM0.80::

Salam jumaat semua. Tangan ini terasa ingin menulis tika hari ini Allah memberi satu pengajaran berharga pada diri ini. Terasa indah dengan ujian dari Ilahi hari ini. Kisahnya bermula bila diri ini menjejakkan kaki ke perpustakaan. Niat ingin memulangkan buku,dengan tergesa-gesa, selepas melepasi pintu masuk perpustakaan,mata dan langkah ini terus menuju ke kaunter pemulangan buku automatik, 4 buah buku yang dipinjam,mulanya hendak renew,tapi due date hari ini.Tanpa berpikir panjang, sanggup pulangkan dengan niat mencari buku yang sama rak-raknya nanti degna harapan buku itu banyak dirak-rak.Tiba-tiba semasa tengah hantar tu,ada satu buku tersangkut,jadi 3 rekod sahaja disahkan,satu lagi tidak diterima, lantas pergi ke kaunter pertanyaan .Ketika sedang menuggu giliran,ada pelajar lain yang meminta untuk disambungkan buku,masa itu,dalam hati hanya mampu berkata,alahai najihan,sepatutnya kamu buat macam ni.huhu.
Sampai sahaja giliran diri ini,terus bagitau 1 buku terlekat tadi dan nak 2 buah buku yang sudah dipulangkan untuk direnew.huhu.kerna buku tu memang nak diguna untuk ulangkaji nanti. Tekun pustakawan itu mencari buku itu,kemudian oleh sebab tak jumpa sebuah lagi buku yang ingin direnew,beliau memanggil diri ini untuk mencari sendiri.Alhamdulilah jumpa. Kemudian,time nak pinjam pulak ada masalah,tak lepas nak pinjam.Rupanya due date pinjaman buku saya sampai hujung tahun ini sahaja. Diri ini diminta ke kaunter sebelah untuk dikemaskini. Akak disitu tanya macam-macam.,huhu dan saya terpaksa print bukti bahawa saya habis belajar tahun hadapan.Agak bengang jugak sebab setiap tahun kena renew.walhal orang lain,xde pun macam saya. Agak terkilan dengan layanan,terdetik dalam hati,bukan susahpun tekan je kot,taip tahun terbaru.Ni sampai kena print balik pendaftaran..hrmmm.....diri ini cepat2 kelaur dan pergi ke cyber cafe...hilang tanpa meninggalkan pesan kepada pustakawan tentang buku yangg ingin dipinjam.

Sampai sahaja di cyber cafe, "akak saya nak guna pc nak print". akak tu membalas  " maaf dik akak dah nak tutup dah.print pakai pendrive je boleh." " akak saya nak print smpweb  sekejap je. "Gunalah pc 3." tq. masa bayar. "brpe kak? ."rm0.20. saya buat keluar duit rm1.00, jadi dapat duit syiling rm0.80 sebagai baki . Kemudian saya ke perpustakaan,tunjukkan bukti kepada akak dikaunter tadi.akak tu pun blas" bukan pe dik,kalau xde bukti ,xleh buat macam tu je." diri ini diam sebentar, dan membalas" masalahnya kak,setiap sem kes saya macam ni.pelik saya,. akak tu balas" adik hbis bila?". saya balas "samapi 30 jun lah kan". akak tu cakap " akak buat samapi hujung bulan 11 lah.t  masalah lagi.". dalam hati tahan sabar je.hrmmmm...

Diri ini terus pergi ke kaunter pertanyaan unutk mengambil buku tadi. pustakwan itu berkata  " ingatkan dah merajuk tadi. keluar macam tu je.". saya membalas. "tadi akak tu cakap kena print,jadi saya terus p print.",konon coverlah.huhu..." oh,ingatkan dah tak nak pnjam tadi.". diri ini boleh tersenyum tika itu. mungkin nada pustakwan ini tak seperti akak tadi yang buatkan diri ini terasa sedikt tenang.

Selasai sahaja proses peminajaman,pergi kafe dan beli makanan,teringin pulak nak beli air dalam peti besar tu...cuba masukkan duit kertas seringgit,tapi x lepas.hrmm.pastu tengok duit syiling.alhamdulilah cukup bila dicampur  dengan duit rm0.80 tadi. masa ini, terdetik dalam hati,,, "YA ALLAH ENGKAU BERI AKU SEDIKIT KESUSAHAN DAN ENGKAU MUDAHKAN DAN PENUHI PERMINTAAN KU INI DENGAN DUIT YANG AKU BAYAR DI CYBERKAFE TADI MEMBUATKAN DUIT AKU CUKUP.SUBHANALLAH...menyesal dengan diri ini.mulalah merasakan,kalau diri ini ditempat akak di perpusatakaan tadi pun,saya akan  buat tindakan yang sama.tak sewenang-wenagnya memberi pelepasan dan sememangya perlukan bukti.Allah2.....syukur sangat kesedaran yang engkau berikan.betapa hati ini masih kotor untuk dibandingkan dengna insan- insan MU yang lain.


"Wahai Allah yang membolak- balikkan ,teguhkan hati ini atas agamamu".amin.

Friday, December 9, 2011

::Langit malam & AYAH ::

Salam jumaat semua. alhamdulilah semalam ALLAH bagi satu nikmat yang membuatkan hati ini berbunga-bunga dan tenang sekali dari kekusutan duniawi. Syukur atas nikmatMU yang memberi ruang untuk jiwa dan raga ini memuhasabah diri ini yang kian layu dan pudar dihambat dengan dosa yang tidak pernah putus-putus.Semoga kita semua senantiasa dibawah lindungan rahmatNya.

Semalam,tika melihat panorama dan keindahan bulan dan satu percikan bintang di langit, satu nikmat yang dah lama diri ini tidak rasai. Tiba-tiba teringat pada ayahku. Semasa kecil, usai dari solat di surau ,diri ini menaiki motor ayah 
Sepanjang dalam perjalanan, sambil erat tanganku memeluk ayah dari belakang, pandanganku tidak putus -putus mendongak ke langit melihat ciptaan ALLAH  pada waktu malam. Pelbagai persoalan diungkapkan kepada ayahanda tercinta. Sabar ayahku melayan kerenah anak bongsunya ini.Terasa rindu padamu ayahku. Kadang-kadang diri ini memeluk erat ayahku pabila ada berita tentang hantu,yelah mana tak takut ,kita duduk belakang dan jalan yang kami lalui untuk ke surau adalah jalan sunyi dan hutan.

Diri ini pernah membeli sepasang baju songket sebagai hadiah yang tidak seberapa atas ingatan di  hari kelahiran beliau. Berasa gembira dan teruja sekali apabila baju itu menjadi kesukaan beliau untuk dipakai ke tempat kerja.

Bagi diri ini rasa kasih dan sayang ayah padaku tidak akan sama dengan insan yang bakal mencuri dan bertakhta dihatiku nanti.Pabila pulang ke rumah,kelunakkan dan keasyikan  alunan suara ayahku mngalunakan bacaan suci al-quran membuatkan jiwa ini tenang dan bersemangat untuk belajar. ALLAH,diri ini bersyukur atas nikmat insan yang engkau hadirkan dalam diri ini .Alhamdulilah. Terima kasih Ayah, Terima kasih Allah.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda- tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal .[ 3:190 ]



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...