Friday, December 23, 2011

:: Kerna RM0.80::

Salam jumaat semua. Tangan ini terasa ingin menulis tika hari ini Allah memberi satu pengajaran berharga pada diri ini. Terasa indah dengan ujian dari Ilahi hari ini. Kisahnya bermula bila diri ini menjejakkan kaki ke perpustakaan. Niat ingin memulangkan buku,dengan tergesa-gesa, selepas melepasi pintu masuk perpustakaan,mata dan langkah ini terus menuju ke kaunter pemulangan buku automatik, 4 buah buku yang dipinjam,mulanya hendak renew,tapi due date hari ini.Tanpa berpikir panjang, sanggup pulangkan dengan niat mencari buku yang sama rak-raknya nanti degna harapan buku itu banyak dirak-rak.Tiba-tiba semasa tengah hantar tu,ada satu buku tersangkut,jadi 3 rekod sahaja disahkan,satu lagi tidak diterima, lantas pergi ke kaunter pertanyaan .Ketika sedang menuggu giliran,ada pelajar lain yang meminta untuk disambungkan buku,masa itu,dalam hati hanya mampu berkata,alahai najihan,sepatutnya kamu buat macam ni.huhu.
Sampai sahaja giliran diri ini,terus bagitau 1 buku terlekat tadi dan nak 2 buah buku yang sudah dipulangkan untuk direnew.huhu.kerna buku tu memang nak diguna untuk ulangkaji nanti. Tekun pustakawan itu mencari buku itu,kemudian oleh sebab tak jumpa sebuah lagi buku yang ingin direnew,beliau memanggil diri ini untuk mencari sendiri.Alhamdulilah jumpa. Kemudian,time nak pinjam pulak ada masalah,tak lepas nak pinjam.Rupanya due date pinjaman buku saya sampai hujung tahun ini sahaja. Diri ini diminta ke kaunter sebelah untuk dikemaskini. Akak disitu tanya macam-macam.,huhu dan saya terpaksa print bukti bahawa saya habis belajar tahun hadapan.Agak bengang jugak sebab setiap tahun kena renew.walhal orang lain,xde pun macam saya. Agak terkilan dengan layanan,terdetik dalam hati,bukan susahpun tekan je kot,taip tahun terbaru.Ni sampai kena print balik pendaftaran..hrmmm.....diri ini cepat2 kelaur dan pergi ke cyber cafe...hilang tanpa meninggalkan pesan kepada pustakawan tentang buku yangg ingin dipinjam.

Sampai sahaja di cyber cafe, "akak saya nak guna pc nak print". akak tu membalas  " maaf dik akak dah nak tutup dah.print pakai pendrive je boleh." " akak saya nak print smpweb  sekejap je. "Gunalah pc 3." tq. masa bayar. "brpe kak? ."rm0.20. saya buat keluar duit rm1.00, jadi dapat duit syiling rm0.80 sebagai baki . Kemudian saya ke perpustakaan,tunjukkan bukti kepada akak dikaunter tadi.akak tu pun blas" bukan pe dik,kalau xde bukti ,xleh buat macam tu je." diri ini diam sebentar, dan membalas" masalahnya kak,setiap sem kes saya macam ni.pelik saya,. akak tu balas" adik hbis bila?". saya balas "samapi 30 jun lah kan". akak tu cakap " akak buat samapi hujung bulan 11 lah.t  masalah lagi.". dalam hati tahan sabar je.hrmmmm...

Diri ini terus pergi ke kaunter pertanyaan unutk mengambil buku tadi. pustakwan itu berkata  " ingatkan dah merajuk tadi. keluar macam tu je.". saya membalas. "tadi akak tu cakap kena print,jadi saya terus p print.",konon coverlah.huhu..." oh,ingatkan dah tak nak pnjam tadi.". diri ini boleh tersenyum tika itu. mungkin nada pustakwan ini tak seperti akak tadi yang buatkan diri ini terasa sedikt tenang.

Selasai sahaja proses peminajaman,pergi kafe dan beli makanan,teringin pulak nak beli air dalam peti besar tu...cuba masukkan duit kertas seringgit,tapi x lepas.hrmm.pastu tengok duit syiling.alhamdulilah cukup bila dicampur  dengan duit rm0.80 tadi. masa ini, terdetik dalam hati,,, "YA ALLAH ENGKAU BERI AKU SEDIKIT KESUSAHAN DAN ENGKAU MUDAHKAN DAN PENUHI PERMINTAAN KU INI DENGAN DUIT YANG AKU BAYAR DI CYBERKAFE TADI MEMBUATKAN DUIT AKU CUKUP.SUBHANALLAH...menyesal dengan diri ini.mulalah merasakan,kalau diri ini ditempat akak di perpusatakaan tadi pun,saya akan  buat tindakan yang sama.tak sewenang-wenagnya memberi pelepasan dan sememangya perlukan bukti.Allah2.....syukur sangat kesedaran yang engkau berikan.betapa hati ini masih kotor untuk dibandingkan dengna insan- insan MU yang lain.


"Wahai Allah yang membolak- balikkan ,teguhkan hati ini atas agamamu".amin.

Friday, December 9, 2011

::Langit malam & AYAH ::

Salam jumaat semua. alhamdulilah semalam ALLAH bagi satu nikmat yang membuatkan hati ini berbunga-bunga dan tenang sekali dari kekusutan duniawi. Syukur atas nikmatMU yang memberi ruang untuk jiwa dan raga ini memuhasabah diri ini yang kian layu dan pudar dihambat dengan dosa yang tidak pernah putus-putus.Semoga kita semua senantiasa dibawah lindungan rahmatNya.

Semalam,tika melihat panorama dan keindahan bulan dan satu percikan bintang di langit, satu nikmat yang dah lama diri ini tidak rasai. Tiba-tiba teringat pada ayahku. Semasa kecil, usai dari solat di surau ,diri ini menaiki motor ayah 
Sepanjang dalam perjalanan, sambil erat tanganku memeluk ayah dari belakang, pandanganku tidak putus -putus mendongak ke langit melihat ciptaan ALLAH  pada waktu malam. Pelbagai persoalan diungkapkan kepada ayahanda tercinta. Sabar ayahku melayan kerenah anak bongsunya ini.Terasa rindu padamu ayahku. Kadang-kadang diri ini memeluk erat ayahku pabila ada berita tentang hantu,yelah mana tak takut ,kita duduk belakang dan jalan yang kami lalui untuk ke surau adalah jalan sunyi dan hutan.

Diri ini pernah membeli sepasang baju songket sebagai hadiah yang tidak seberapa atas ingatan di  hari kelahiran beliau. Berasa gembira dan teruja sekali apabila baju itu menjadi kesukaan beliau untuk dipakai ke tempat kerja.

Bagi diri ini rasa kasih dan sayang ayah padaku tidak akan sama dengan insan yang bakal mencuri dan bertakhta dihatiku nanti.Pabila pulang ke rumah,kelunakkan dan keasyikan  alunan suara ayahku mngalunakan bacaan suci al-quran membuatkan jiwa ini tenang dan bersemangat untuk belajar. ALLAH,diri ini bersyukur atas nikmat insan yang engkau hadirkan dalam diri ini .Alhamdulilah. Terima kasih Ayah, Terima kasih Allah.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi , dan pergantian malam dan siang terdapat tanda- tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal .[ 3:190 ]



Saturday, November 26, 2011

Muhasabah Awal Muharam

Salam Awal Muharam semua. Barakallah ke atas kita semua sepanjang 1432H yang lalu. Semoga perjalanan hidup kita sentiasa diiringi dengan keberkatan  dari- NYA. Diri ini terasa malu dengan Pencipta yang masih memberi ruang untuk diri ini hidup di tahun baru, hanya satu ku pinta agar diri ini mati dalam husnol khatimah. Semua kita inginkan penghabisan terbaik dalam apa yang kita buat, begitulah juga penghabisan hidup kita yang sebenarnya itulah tujuan hidup kita. Bersama dengan Pencipta kita. Pernah tak kita terfikir, kalau sekarang adalah due date kita jumpa Allah, hrmm beruntuglah bagi mereka yang setiap hari bermunajat pada ALLAH, bangun malam setiap hari, berpuasa sunat, bersedekah . ALLAHUAKBAR, tentunya merek tidak sabar berjumpa dengan ALLAHURABBI. Manakala bagi mereka yang senantiasa bergelumang dengan dosa, sudah semestinya malu untuk menghadap ALLAH. nauzubillah.semoga dengan permulaan awal muharam ini merupakan langkah dan detik awal kita untuk menemuiNya. Pernah ketika diri ini menghadiri satu kuliah maghrib, ustaz itu ada menceritakan apakah yang kita ingin dalam hidup kita. Ramai memberi jawapan hendak cari redha ALLAH, ingin berjaya didunia dan akhirat. Namun ustaz tu mengatakan apa yang kita ingin dalam hidup ini adalah,KITA INGIN KETEMU ALLAH. subhanallah. cantiknya. jadi nak ketemu ALLAH kena ikut suruhan dan tinggal laranganNYA. Marilah muhasabah diri, agar kita sentiasa dilindungi dan mendapat rahmatNYA.amin. 

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّن عِندِ اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), ""Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik 
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 195)

DOA KEBERSIHAN HATI :
Wahai Tuhan kami, ampunilah dosa dan kesalahan kami, juga dosa-dosa mukmin yang telah mendahului kami dan janganlah Engkau masukkan dengki khianat ke dalam hati terhadap mereka yang beriman. Tuhan kami,sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 




Saturday, October 15, 2011

Keinsafan

Bismilahirahmanirahim,lafaz ini penuh erti bagiku, dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG. Minggu ini telah banyak yang dipelajari, terutama berkaitan dengan erti kehidupan. Terasa diri ini terlampau ego dengan semua benda. Riak dan sombong dengan manusia apatah lagi dengan pencipta.Hmm,aku kelu tanpa seribu bahasa bila hati kecil ini selalu mengata orang lain. Timbul satu kesedaran, najihan, ALLAH yang cipta hamba-hamba  yang lain,jadi setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Aku insaf  ya ALLAH, terus ku berdoa pada semua insan - insan ini, kerna aku juga jahil malah lebih jahil dari mereka disisi Tuhanku. Maafkan aku, mungkin post-post sebelum ini,aku taksub dan riak dengan apa yang aku ada. Aku betul-betul terkesima bila melihat diri ini taksub dengan kelebihan diri, walhal ALLAH yang bagi semua ini, bukan semata-mata usaha aku. Maafkan aku YA RABBI.mujur Engkau berikan secelit rasa keinsafan dalam diri ini. Terima kasih kepada teman blogku,yang telah membuka pintu hatiku untuk mengubah blogku ini menjurus kepada ilmiah dan mendekatkan kita semua kepada ALLAH.
Tiada jalan yang mudah dalam hidup ini untuk mencapai keredhaanNYA. 
ALLAH jualah tempat kita mengadu dan meminta walau sejauh mana kita berpaling darinya. Paling penting sentiasa memunajatkan diri serta memuhasabahkan diri. Syukuri nikmat yang diberi agar menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dan rendah diri .insya - ALLAH.
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"[ar- Rahman, ayat 13]



Sunday, October 9, 2011

2nd DAY in PARIS

Salam semua,okeyh,untuk hari kedua ,abang telah membawa kami ke PARIS dan pada hari ketiga dah balik dah.perjalanan ke Paris juga perlu melepasi pihak imegresin,mujur pengalaman imegresin dkt london dulu,membuatkan diri ini xdelah nervous sangat.kami naiki train.makan masa dalam 4 jam,.bertolak tengah hari dan dalam petang dekat2 pukul 5 petang sampai dekat paris.kami menginap dihotel .antara tempat yang dilawati ialah Eiffel Tower dan......seriously nama kat sana pelik,korang tengok2 lah ek....huhu.pengalaman paling manis,of course dapat tengok menara tu secara dekat,cantik sangat.hehehe.





























Saturday, October 8, 2011

1st DAY in London

Salam sabtu semua,saya rasa semua dah maklum semasa raya hari tu,saya telah berangkat ke LONDON. daripada 6 Semptember hingga 15 September.hehehe....alhamdulilah,syukur panjatkan pada Ilahi,saya pergi bersama dengan kak ita.akak ni dah macam kakak angkat saya dan abang saya.terima kasih ye kak ita,kalau kak ita tak teman,mesti mak tak lepas saya p.tapi saya tahu...saya ni degil dan independent tak macam abang atas saya ..kui2...thats the reality.okeyh.jom2.kita cite dri awal.untuk awal2 ni,saya post 1st day jelah dulu ek.zatil,jihan cite dari a sampai z tau.ni pun buat sebab dia suruh letak pic banyak-banyak.ada jugak dalam fb,tapi kat sini leh lah letak gambar gedik-gedik,sebab blog saya tak ramai tahu.hahaha.okey,banyak sangat melalut,straight to the point,saya dan kak ita dah lama booking flight,lama jugak kami mencari mana yang murah dan match dengan time table abang saya yang tengah menyambung PHD nya dalam nanotechnology in law.saya dak kak ita naik ETIHAD.mesti ramai tak tahu kan,ok,flight ni comes from negeri arab bersatu,kami naik dari klia terus ke abu dhabi.kemudian kena tunggu dalam 3 jam untuk ke london.penerbangannya bestlah jgk,saya pun 1st time naik flight,seronok jugak,dan rasa tenang sebab orang islam ramai jugak naik flight ni.okey,saya dan kak ita dapat harga promotion flight pergi balik hanya rm2800 dengan free meal dan lunggage.kira murahlah tu kan....
jom usha 1st picdekat klia

okey,ini dah masuk dekat tempat departue.dah lepas imagresin,hrmm,klia ni memang paling porfesional tau.serius untung sapa duk dekat m'sia.okey,itulah baju 1st pakai .entah tak tahulah lepas tak dengan cuaca dekat London.abang cakap suhu sana 18 degree celcius.huhu..flight kami pukul 8.25malam.wah..berdebar dan seronok ,campur takut.huhu...tawakal dan banyak berdoa je time ni.dah habis call mak,ayah,kakak2.rasa lega sikit,semua mendoakan kami.
Kemudian ,kami sampai abu dhabi.okey,walau nama dia cantik,sistem dia low sangat2.huhu..tak tahulah ,mybe sebab kami sampai waktu awal pagi dalam 12 pagi .jadi semua staff dah blik kot,kami kena tunggu dekat transfer desk,dalam pulul 2.25 pagi flight ETIHAD dari abu dhabi ke london akan menyusul.sambil tunggu,saya online dekat sana.sini dapat internet free...

mujur boleh online,sebab kat sana xde line,kena lah contact abg,inform dia dekat mana,nanti xjumpalah abang dekat London nanti.huhu....alhamdulilah,dalam 7.45 pagi,kami sampai  di London.sampai sahaja,abang bawak kami ke hostelnya.wahh...sejuknya cuaca..fuhh,rasa macam aircond yang berangin.terasa dalam mimpi lak dapat  pi sana.dalam hati bersyukur sangat2 dengan nikmat yang Allah bagi...kami rest,dalam petang kami dibawa oleh abang ke bandar London.....




sampai2 kami pergi MALAYSIAN HALL.Itu kak ita...hehehe....best jugaklah makanan kat situ.lepas tu kami pun menjelajah bandar London.























antara nama-nama tempat pic diatas adalahh big ben, queen elizabeth hall,diasekitar big ben, underground bayswater ,london central mosque dan ....(nmpk gemuk lak.huhu..sebab pakai bju tebl sgt kt dalam)

next destination is PARIS.....xlarat dah,t lak kita post ek....=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...