salam

Wednesday, December 5, 2012

Degil

Assalamuailakum, lama sudah tidak menaip disini. Lamanya meninggalkan dunia blog ni. erm, tak tahu nak menaip ape, ada masalah negara pun segan nak cite kat sini. Hrm, bila someone suruh kite buat itu, ini....saya bukanlah insan yang suka dipaksa-paksa. Memang sejak kecil kedegilan saya adalah payah untuk membuat sesuatu jika saya rasa saya betul melainkan bila mak tinggikan suara, buat suara sedih2... barulah tunduk dan sedar diri yang i'm still young. Time dapat offer p oversea, time nak p cuti kat new zealand. Semua misi itu tergendala, gara-gara mak buat muka sedih, cakap xpayah p lah.. Hok lain semua saya bertegas.. Hrmm, ni mai lak seseorang nak mintak saya buat itu dan ini, ayoyoyo.. nak jadikan cite, bila umur dah lanjut soal jodoh mesti mai hinggap dekat kepala, Macam akak ni sorang cakap, jihan kira untung diberi pilihan. Untung ker??? ..hrmm...dari sekolah lagi, kalau boleh xmau ada pilihan.. ikut je, sebab malas nak semak kepala pikir.. Ya ALLAH, engkau mengetahui yang terbaik untuk hambamu.. Entah macam mana entri ni nak cite pasal jodoh. Sejujurnya, saya bukan insan yang bersedia seratus peratus. Keutamaan saya ibu-bapa saya, Mereka adalah kebahagiaan utama saya. Itu sahaja, Calon itu ramai, tapi biarlah ALLAH sahaja petik untuk membimbing saya dan moga insan yang dipetik itu mampu merealisasikan  impian saya bahawa kebahagian itu bukan sahaja di dunia tapi juga diakhirat sane. Ameen....

Thursday, August 2, 2012

Alhamdulilah

As salam semua, dah lama  tak update blog. Syukur dipanjatkan pada Ilahi. Akhirnya sem lepas dapat juga mencapai target. Maha Pemurahnya ALLAH, saya dapat dekan untuk keputusan peperiksaan lepas. Alhamdulilah, mak dan ayah gembira dengan berita itu.Sekarang sedang praktikal, tinggal satu je lagi perkara yang perlu dilunaskan. Semoga ALLAH permudahkan.amin=)

Saturday, June 16, 2012

Sebak dalam Tawa


As salam, alhamdulilah, tinggal dua paper sahaja lagi untuk mengakhiri pengajian di ukm dan kemudiannya akan berpraktikal di kampung..hepi dan lega, namu jauh di sudut hati akan merindui ukm dengan sahabat, rakan, pensyarah-pensyarah, port2 istimewa dekat masjid, library, kafe...huhu..meskipun hati meronta-ronta nak balik umah cepat-cepat, nak peluk ma dan borak serta memasak bersama-sama master chef kite ini, rasa sebak juga untuk meninggalkan ukm,.hajat dihati mau sambung master bulan 9 perlu difikirkan semula.kemungkinan perlu masuk pada bulan februari memandangkan tarikh akhir praktikal adalah hujung september. so nanti, akan mengajar anak saudara dahulu yang akan mengambil upsr this year dan akan membulatkan mata menghadap laman sesawang untuk mencari keje sementara. hope adalah kolej-kolej swasta yang nak perlukan pengajar.huhu...dan kalau ada rezeki mau buat home tuition... 

niat di hati mau sambung belajar di luar negara...abang cakap ok, dan minta tunggu dia balik m'sia. ada harapan di situ. kalau ALLAH dah letak aku di mana-mana  negara orang nanti, insha ALLAH ke sana jua aku pergi.. banyak yang dipelajari sepanjang pembelajaran di ukm,tak kira berkaitan duniawi mahupun akhirat... ok...tak mau melalut dah..tinggal 2 paper lgi.27 hb Jun akan balik ke kg...doakan saya agar semua selamat.





surprise birthday saya hari tu .tk ;)

Saturday, June 2, 2012

Last but not Least


As salam semua. erm,bahang thesis, viva, dan stdy untuk final exam kian terasa. semoga ALLAH mempermudahkan segalanya.semoga niat dipanjatkan hanya untukNYA dan seikhlasnya juga buat ibu-bapaku. moga kejayaan menjadi milik kita semua. 

Pada 25 May yang lalu, kelab Matematik yang aku sayang sangat telah menganjurkan satu jamuan ringkas untuk meraikan kami pelajar tahun 3 yang akan menamatkan pengajian ,.insha ALLAH. sekalung tahniah kepada organisasi yang terlibat. time ni,memang adik-adik 2nd year handle. kalau tak,sebelum ni, kami 3rd year yang akan handle program. alhamdulilah.syukur dah 1 tahun jihan menggalas tugas selaku pengerusi kelab. banyak yang telah dipelajari  terutama pembahagian masa, lebih akrab dan kenal pensyarah-pensyarah, suka sangat bila pensyarah tahu nama kita. jumpa je msti tegur. kemudian, selain itu, boleh tahu macam mna nak berurusan dengan pihak ukm dan paling penting, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengarn rakan-rakan sperjuangan. 
 
Oleh sebab tarikh tu 2 kali pinda dan ramai yang dah balik serta sibuk dengan tugas masing- masing,  jadi tak ramai sangat yang datang. takpelah yang penting, dapat mengumpul semua adik-adik, abang, kakak serta turut diundang pelajar master. semoga ukhuwah yang terjalin terus berkekalan dan mendapat rahmat dariNYA.amin =)
 
 







 
 

Saturday, May 26, 2012

I Luv Math =)



As salam semua. alhamdulilah masih bernafas dan diberi ruang untuk bersyukur dengan nikmatmu.okeyh...nak post nukilan group jihan berkaitan assignment sajak berkaitan dengan perkembangan matematik dalam tamadun china, eropah dan mesir. selain itu, terdapat juga tiga tokoh yan perlu dikarang juga Archimedes, Ibnu al Haitam dan juga Sir Isaac Newton. nanti time  korang baca, jangan gelak tau..huhu
 
Puisi hati: Aku adalah matematik
Dulu aku dipandang sepi,
Ibarat bintang yang dikaburi cahaya neon,
Tanpa diduga ombak besar melanda bumi anbiya mesir,
Anakku geometri menjadi sebutan dikala rakyat jelata mengeluh kesah,
Muncul insan bernama Ahmes yang menggilai anakku,
Geometri makin dikenali di pelosok dunia.

Bintangku kian bersinar,
Aku mula bertapak di Eropah,
Aku bisa menakluki 5 tamadun di sana,
Tamadun Rom dan Byzantin ,memahatkan kemasyhuranku,
Munculnya Leonardo Fibonicci menjumpai pasangan  kembar anakku trigonometri yang telah lama menghilang.
Namaku kian harum bak mawar merah,
Hingga ke puncak tembok besar China, Shu menjadi siulan mereka,
Tali dan simpulan menjadi saksi diriku tersohor di situ,
Nol yang tersemat di dadaku dipanggil Ling oleh mereka,
Kerana cintanya mereka terhadapku,
Aku diabadikan di Shusu Jiyi,
Aku kian dipandang hadap oleh Li Zhi dan Jiushao.
Hati kecilku ketawa riang.

Aku bertambah bahagia, menumpang kasih bersama Archimedes,
Hebatnya dikau hingga digelar Putera Matematik,
Aku sangat terharu namaku menjadi gelarannya di pelosok dunia,
Mekanik, optik, hidrostatik menjadi taulannya,
Sahabatku  ini bukan calang-calang orangnya,
Langkahnya terus maju dek bisa memecahkan kebohongan si tukang emas durjana,
Namun aku cukup terkilan,
Sahabatku yang ku sayangi ini tersungkur ditangan musuhnya.

Kecerdikannya tiada tolak bandingan,
Tidak ku sangka semangat inkuirinya terhadap falsafah sains, alam dan teologi,
Hayunannya digagahi hingga mampu mencatitkan 70 makalah,
Manusia kian memujamu hingga coretanmu disematkan di  analisis sintesis,
Engkaulah permata hatiku duhai Ibnu al-haitham.

Oh kalkulus, dahulunya aku tidak bisa memujukmu hingga dikau merajuk ke lautan sana,
Tidak ku sangka adanya insan yang mahu mengenalimu,
Kasihnya padamu tak terpermanai dengan butiran kata,
Kalkulus, lema, Fluxion menjadi bukti kasihnya padamu,
Aku tersenyum jauh disini, ada rasa bahagia melihat dikau bersamanya,
Hinggalah angka  keramat 1727 memberikan satu impak besar padamu,
Namun engkau tidak pernah mengadu pilu,
Kerna bagimu Newton itu tidak pernah terkubur di dalam hatimu.

Secebis kata yang ku titipkan disini bukannya mahu riak di dada.
Tapi aku bangga kerna bisa membuka mata dunia,
Aku bisa menolong manusia mencari solusi,
Hingga cintanya mereka padaku mencecah tahap infiniti,
Kini langkahku kian besar dan terus maju di puncak sana,
Kewujudanku makin dipandang hadap,tiada lagi istilah dipandang belakang,
Semoga diriku terus mekar mengharumi dunia.


Tuesday, May 22, 2012

Untuk Dia ....



as salam, erm... rasa tenang menghambat diri dikala bulan terus mewarnai awan yang kelam dan matahari kian  beradu di awan nano sana..  syukur dihati dan ungkapan ALHAMDULILAH aku panjatkan pada ALLAH yang masih memberi ruang untukku menghirup molekul-molekul oksigen. terasa malu dengan diri sendiri. dosa makin hari makin bertambah dan ada pasang surutnya, namun oksigen yang ku terima tiada kurangnya.....permulaan yang penuh syahdu...ni semua gara-gara kena buat sajak berkaitan salah satu subjek major. tak habis lagi mengedit, sambil menunggu seorang lagi rakan menghantar bahagiannya. rehat sebentar daripada menghadap thesis yang masih belum siap. Ya ALLAH, insan ini terlampau bermain dengan masa dan terasa diri ini terlalu banyak melakukan perkara sia-sia. ermmm.....beberapa hari lepas,kepala ini disinggahi dengan pelbagai persoalan mengenai kehidupan pada masa hadapan. tinggal beberapa hari lagi, umurku akan berganjak ke angka 23 tahun. terasa diri masih jahil dan kerdil dalam segala segi, siapalah bakal suamiku, siapalah bakal memimpinku untuk berjuang merebut syurgaMU. tiada istilah berharap tanpa usaha. ya ALLAH, andai jodohku makin hampir, engkau permudahkanlah segala urusanku ke arah jalan itu. Kurniakanlah daku seorang suami yang mampu membahagiakan hati ke menuju MU. Ya ALLAH, hanya rahmatMU mampu memimpinku ke jalan yan Engkau redhai. Pimpinlah daku bersama bakal suamiku.amin ^_^
 


(thanks nadiah for the pic =) )

Monday, May 14, 2012

Terima Kasih Ujian ;)


As salam dan salam sejahtera. Alhamdulilah,syukur ke hadrat Ilahi, diri ini masih mampu melihat langit serta awan. Saje pilih tajuk ni sebab saya suka ujian datang pada saya.huhu..giler ke apa jihan ni.hehehe... saya suka ujian @ cabaran sebab dengannya saya lebih sayang dan cinta pada Maha Pencipta saya. So, saya akan lebih kerap dating dan yup saya akan lebih bersungguh berdoa. Korang lak camne. jihan rasa semua ni sebab bila nikmat terlalu memenuhi diri tanpa ada ujian @ kesusahan ,jihan mudah lupa,mudah longlai melakukan ibadah. Dulu rajin betul baca al- mathurat time matrik, skearang hampeh.. So,, lepas diuji dengan beberapa ujian hidup. Jihan yakin Allah nak bgi jihan ingatan dan pedoman, Alhamdulilah sekarang cuba istiqamah dalam membaca al- mathurat setiap pagi dan petang di samping cuba memahami isi kandungannya. Selain itu,jangan sesekali tinggal solat dhuha yer najihan..huhu.. kalau kamu nak ALLAH sayang kamu, kamu kena sayang ALLAH dulu sebab ramai sangat sekarang rebut cinta ALLAH... itulah.... Qiamulail..erkkkk....lum buat lagi sem ni..malu sangat dekat DIA...+_+ hope saya dapat kejar at least one month before seat for the exam and insha ALLAH preparation before entering our lovely month, of course Ramadhan al- mubarak. insha ALLAH, saya mau jadi isteri solehah, anak yang solehah dan dengar cakap mak dan ayah. saya mau jadi cik su yang penyayang kepada anak-anak buah saya dan terakhir mau jadi pelajar yang berjaya di dunia dan akhirat. sekarang ni tengah reflect diri untuk memperkayakan ilmu terutama dalam bidang matematik yang saya cintai di samping membaca buku-buku ilmiah. Mana yang baik saya cuba amal dan kongsi dengan sahabat-sahabat saya. Oh,ye tak lupa juga kepada kucing- kucing kesayangan saya, memandangkan saya akan berpraktikal di kampung, maka bolehlah main2 dan bercakap dengan kucing-kucing yang semakin hari semakin bulat. Ya Allah panjangkanlah umur kucing-kucingku, semoga zuriat mereka makin bertambah..ermm,saya rindu "ibu".(nama kucing). hari tu balik,mak cakap dia dah mati.sebak saya, ibu ni sangat penyayang, caring dengan cucu dia.kebetulan anak dia beranak,tapi meroyan,xmau kasi susu untuk anak dia, dan ibu ini sangat baik. sanggup bagi susu untuk cucu dia. time saya boring-boring, saya selalu bercakap dengan ibu dan peluk dia.dia ni agak keras sikit, tapi kalau dia lapar, suka sangat gesel kepalanya dekat kaki saya.huhu,..eh,nape tibe2 ada cite tentang kucing ni..huhu..mak selalu cakap,kalau saya balik,mesti kucing duk dalam rumah,mulalah mak ngan ayah tension..hihihi..sory ma ngan ayah.saya memang sayang sangat2 kucing saya,huhu...
 ok ,nak sambung study.malam ni ada dinner kolej.tak tahu nak pakai apa.huhu...bantai ajelah..Ya Allah, andai hari ini aku terlalu riak dengan sesuatu,tegurlah daku, nasihatilah aku agar aku sentiasa rendah diri terhadapMu. amin ;)


Saturday, April 28, 2012

Sabah Bah =)

 As salam, alhamdulilah,dengan impah kurniaanNYA, travel secara solo yang pertama kali dibuat oleh diri ini berjalan lancar. Syukur alhamdulilah,selamat saya pergi dan pulang.

Nak cite dari mana yer???ecece...macam ramai je stalker blog ni...hehehe..ini jelah kenangan time muda-mudi. nanti dah tua-tua leh tunjuk dekat anak-anak dan cucu perjalanan hidup ini yang tidak seberapa....banyaknya melalut intro ni..okeyh!!jom cite...

Alhamdulila,flight dari pukul 3.25petang pada 21hb April bersamaan dengan hari Sabtu selamat mendarat di Terminal Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 6.00 petang.syukur tak terhingga time tu sebab inilah kali pertama saya bercuti seorang diri..huhu..semasa dalam flight,sempat borak dengan adik yang berusia 21 tahun,tak ingat nama dia , tak silap IRA, orang kundasang. okeyh... kawan saya masa medik dulu, Zatil bersama ibunya yang sangat sweet dan saya sangat suka datang menejemput saya. kebetulan pada hari saya sampai ayah Zatil baru lepas operate. sepanjang perjalanan hendak ke rumahnya,subhanallah,cantiknya kota kinabalu.pulau2 di sebelah kiri dan kanan memang memukau mata ini.kagum dengan ciptaan ILAHI.

Sampai dirumah, dijamu dengan kari ikan yu yang sangat sedap.hehe..lepas tu,kawan baikku semasa plkn dahulu ,Khalisah yang kebetulan tinggal berdekatan dengan rumah Zatil. ayah Zatil ketika itu felo asrama yang Khalisah duduk.tak sangka.ALLAH permudah segalanya..so,malam tu borak-borak untuk plan kami spanjang jihan berada di Sabah....pastu tido...kat sane..saya tido awal dan bangun awal.sebab subuh di sana pujul 4.30 ++.. awal kan +_+

Keeseokannya, saya, Khalisah dan 3 orang kawannya An- an, Chai dan Sally telah pergi ke Kundasang. kami bertolak pukul 10.30 dari rumah Zatil. Zatil tidak dapat join sebab kakak2 Zatil nak datang  umah melawat abahnya yang baru lepas operate.time tu ,jihan pun bersalah.sebab tak tunggu sma2.mereka paham sebab jihan hnya stay 4 hri je..huhu..

So,kami bertolak dalam kehujanan dan sampai ke Kundasang pada pukul 1.30 ptg. Alhamdulilah,akhirnya sampai juga ke sana dengan menaiki pengangkutan awam... sejuk sangat cuaca kata sana. Lisa telah bawa jihan ke Desa Park @ nama famousnya Kg New Zealand, lepas tu pergi ke Kundasang Memorial Park yang tak jauh dari Desa Park. Selepas itu, kami mengambil van untuk pergi ke Kinabalu Park..ini kira kaki2 Gunung Kinabalu... jihan memang syorkan Kundasang adalah tempat wajib yang patut korang pergi!!memang best.










okeyh.pada hari berikutnya,p Pasar Filipin..huhu..tak ingat nak snap pic...seronok membeli belah...banyak gila shoping..huhu.bukan untuk diri sendri.tapi dari pesanan penaja.huhu..

oh,lupa before p pasr tu, sempat p UMS dengan Zatil families..seronok jugak tengok UMS ni...kalau nak tahu  UMS mula ditubuhkan pada 1994...muda kan??? ukm sangatlah tua..1976...jadi,anda semua leh compare cmne lah bangunan antara universiti ni..hehehehe...

hari last, lepas hantar adam (adik Zatil), ayah Zatil bawak kami p makan kat kedai yang best...hehehe....sedap sangat laksam.kedai tu pemiliknya orang kelantan.hehee..lepas tu, sempat p jambatan gantung TAMPLIN. tak silaplah..ada sejarah disitu..lpas tu,blik rumah dan dalam pukul 10.30 bergerak dengan lisa pergi ke 1 BORNEO @ 1B. okeyh, ni  1 st time saya tengok movie..huhu...mereka yang pilih tajuk cite..tajuknya sedap THE DARK FLIGHT.ingatkan cite omputih,sekali...Thailand..ambik kau....then..cite hantu..pe lgi...menjerit- jerit kami dpanggung yang dipenuhi oleh 5 org shaja..mujur 5orang..filem tu memang mantaplah...kesian jihan. 1st time tgok wayang..mereka bagi tgok cite hantu.hehehe..tapi seronok.then lepas tu p makan pizza....zatil belanja..banyak giler kami makan.terima kasih zatil...

okeyh. dalam pukul 4 lebih,kami bertolak ke aiport.saya dah nak balik..huhu..rasa cam xmau balik.seronok duk sana.terima kasih kepada Zatil sekeluarga yang menerima kunjungan saya..saya rasa beruntung Zatil dapat mak dengan ayah yang sangat baik bagi saya. kepada Zatil, semoga dipermudahkan segalanya..hehehe...insha ALLAH,  jodoh Zatil dengan si dia adalah yang terbaik..dan untuk my beloved friend, Khalisah, terima kasih sebab kau sanggup habiskan masa, duit dan tenaga teman jihan .terharu sangat.semoga berjaya ye...dan  selamat menikah nanti..semua dah nak kawen...seronok dengar cerita mereka semua...kenangan-kenagan bersama kalian semua takkan dilupakan.terima kasih.selamat tinggal sabah bah =)





Saturday, April 21, 2012

sahabat @ teman @ kawan @ lawan....


As salam semua, alhamdulilah dengan limpah rahmatnya,masih diberi ruang untuk terus bernafas. erm tak tahu nape nak buat tajuk ni. honestly, terasa diri ni banyak sangat duk mengata orang minggu lepas. time lepas ambil wudhuk, sebelum solat terasa Ya Allah, napa aku leh cakap macam tu,napa buka aib orang..ALLAH dah rasa tak tenang, lantas dalam solat ,sujudku yang terakhir aku doa-doakan insan itu. usai wirid , aku doakan insan-insan itu... ermmm.....sebenarnya aku tak suka rapat sangat berkwaan dengan orang..bukan sombong ..ermmm..sebab



  1. Dah serik sebab orang hanya cari time susah...erm..memang akan ada kata hidup ni jangan harap pembalasan. yuppp..betul,setuju,ingat pesanan Prof Muhaya kita mesti cari redha ALLAH bukan penghargaan manusia.yup aku pegang words tu dan sebab itu, aku be natural untuk semua orang agar setiap apa yang aku lakukan ikhlas. Ya ALLAH,terasa masih jahil...tapi Allah selalu baik terhadapi diri yang degil ni..selalu kalau malas, akan ada suara kecil dalam diri ini yang nasihatkan diri ini, najihan..jangan malas...p solat,pastu stdy,najihan...jangan main2..dah  xlama nak exam..huhu...trima kasih ya ALLAH selalu guide aku..yuppp....ALLAH adalah sahabat terbaik aku.
  2. Bila dah berkawan,tak kan lari dari bergosip,honestly...saya tak suka burukkan orang...biarlah mereka dengan cara mereka...huhu...menambah dosa-dosa ..kurang dah pahala kita..huhuuhu...kiter tak suka.mula lah gelabah,terasa erm,baik sangat ke saya ni...huhuhuhuhu.....astaghfirullah hal'azim.
  3. Bila jadi neutral ni, kawan2 pun selesa dengan jihan. ingat lagi tIme matrik, niat nak baik dengan semua orang... tapi mintak dengan ALLAH doa tu macam tak habis....sebb macam artis lak...semua orang suka p bilik, tnye soalan2 .... jihan lak suka stdy kat masjid.. kesian roomate kena jwb pertanyaan kawan2...
  4. Ok, sebenarnya, dapat rasa dalam family sendiri pun...abang2 dan kakak2 pun xde kwn2 yang terlalu rapat.....sejujurnya dalam family kami, sahbat kami adalah mak, ayah dan adik beradik sendiri. yup, jihan sendiri lagi selesa bercerita dengan mereka berkaitan semua perkara. yup...memang itulah yang berlaku..alhamdulilah..
  5. Hari tu,ada orang tegur, perangai jihan macam abang jang (abang no. 3). independent dan x suka bergantung dengna orang lain.. entahlah,..tergaman gak mula-mula...tapi bila pikir balik. x rasa keseorangan sebab saya ada family yang sangat caring dan seriusly lebih selesa cite dekat mereka dari kwn2 belajar...huhu
tak tahulah nape nak cite tentag kawan...sbb dah banyk makan hati,atau hati jihan ni memang keras...huhu.... ya ALLAH , jihan cuba jadi kawan yang baik untuk smua orang, tak hasad dengki, kalau ada terus doakan mereka ye kawan2 jadikan mereka orang soleh.sebab syaitan ni suka kacau kite..huhu...rasanya lebih selesa begini...semoga ALLAH rahmati kalian semua dan berkawanlah kerana  ALLAH bukan mencari kesempatan dan kesenangan diri semata-mata..... =)

Friday, April 13, 2012

Progressss ~

As salam,dah hampir 80% nota-nota makanan telah dimakan dengan jayanya.erkk..hehehe. ok,almost 80% of the notes sudah dicattit dengan cantiknya,tinggal 2-3 notes lgi untuk dipahamkan.lepas tu sesi mengulang dan menghilight mana yang penting.tergaman bila lecturer kata,ada 100 soaln objektif yang perlu dijawab.tak dapat bayang camne tangan nanti..kena buat senaman tangan dulu nnti..huhuhu.

Lama dah tak cite tentang progress hidup saya yang tak delah menarik sangat,jom tengok checklist ini.huhu

1- 50%  proses nak ambil lesen dah tercapai. teori amali kereta dah ambil minggu lepas.alhamdulilah,tinggal 50% lagi untuk lesen P.doakan saya ye kawan2 untuk lulus .amin.

2- Kamera dah beli, plan p sabah jugak alhamdulilah menjadi.minggu depana 21-24 hb saya pergi ke sabah.semoga ALLAH lancarkan kesemuanya. amin.

3- Thesis ,oooooo..sedih sikit,sedang menaip bab 2,dah  7 page dah taip,tinggal 7 @ 8 page lagi... doakan saya,aim nak hantar thesis minggu ke 11. sekarang minggu ke 8 =_=

4- Apply master program.insha ALLAH, further stdy dekat UKM jugak.hehehe.sayang betul UKM. ada 2course yang tengah menimbang.erm,satu tu memang ambil sebab minat dan aim nak jadi pensyarah,satu lagi bgus sebab peluang kerja cerah dan membabitkan industri.aihhh,pening...aim,nak jumpa Dr Rokiah dan Dr. Zainol untuk dapatkan pandangan. semoga dipermudahakn amin.

5- Isnin dan rabu ni ada exam mid sem.doakan saya yer..nak dapat dekan sem ni.untuk mereka, mak dan ayah tersayang.sayang sangat2 dekat mereka.

6- Cikgu Khairul Bahriyah dah 4 bulan dihospital. 2 hari lepas ada call cikgu. adik cikgu angkat dan sempat borak dengan adik dan mak cikgu.doakan cikgu saya yang paling saya sayang ini.i miss u alot cikgu. ='(

7- Sepupu akan kawen lepas raya,alhamdulilah......saya?? buat masa sekarang perbaiki diri dan dekatkan diri pada ALLAH. semoga dipermudah kan segalanya cuzen.

8- Berkesempatan pergi UIA Gombak minggu lepas. amazing experience being there. rasa nak belajar kat situ,. terasa barakah bila berada dalam masjid UIA.ya ALLAH, semoga aku diberi lagi peluang untuk memunajat dirumahMU.AMIN =)

lastly,  pic special untuk my cousin,semoga menjadi isteri solehah =)

Friday, April 6, 2012

Awatif Wedding

As salam, saje nak cite tentang seorang kawan sekolah menengah yang telah bernikah masa sem break yang lalu. Suka tengok majlis perkahwinan yang bersederhana dan tenang je.. Boleh rasa,nak buat macam ni jugak untuk majlis nikah sendiri.hehee.ameen. Sebenarnya baru dapat picture ,sebab tu baru nak cite.hehee

with tie and alya

yang pakai tudung coklat tu pengantin...hehehe..acah je...awatif yg pakai tudung purple bhgian hdpn.hehehe

favourite hantaran...cantik...ini buat dari cake tau,bukan kasut dan handbeg yang betul =)

 semoga beroleh rahmat dan keberkatan buat awathif dan suami =)















Tuesday, March 27, 2012

PATAH HATI




As salam,saje nak share this song.bukan tengah kecewa,tapi suka lagu ni.hehee..=)

Monday, March 26, 2012

Saya rindu Dia.....

As salam,dah lama x menulis disini.hehehe.....xde apa nak cakap,sekarang adalah zone membz kan diri.serius,saya x leh fokus bila duk kat bilik.ishhh...tak suka macam ni,so..konklusinya...mulai esok...library akan jadi rumah ke-2 saya...huhu..terpaksa,kalau tak , tak bergerak thesis ni...huhu..most of point dah ada..nak tunggu tangan ni rajin menaip jer...supervisor pun dah bgi green light untuk menaip..opppssss ini intro je..panjang jugak....sebenarnya rindu dkt seseorang...ok.jangan salah sangka,saya rindu abang saya. post ni bukan nak mengada-ngada tapi ni je cara saya expose pe dalam benak otak ni..huhu sebab xleh borak ngnabang jang sebab dia pun ngah bz menyiapkan PHD nya..huhu

Hari tu kawansaya ada call mak,mak citelah tabiat dan perangai saya.hahaha....nak tergelak,mak cakap saya ni berani,tak padan dengan ank bongsu.huhu...yang enaknya mak cakap abang jang(abang yang saya rindu tulah) ajar saya dari kecik,berani ..huhuhu..ye ker.mungkinlah tapi memang dari kecik,tak manja ngan mak,lebih dengan ayah.sekarang dua-dua saya rapat dan manja tapi xdelah semanja abang atas saya.hrmm,sampai ada cakap ini kakak ker???hrmmm...

Muhammad Nizam @ nama  pangiilan oleh saya abang jang bagi saya satu dalam seribu nak jumpa.very particular dan motivated person..huhu..time kecik2,...saya ni pemalas,kalau time dia blik kg,kena menghadap dia,tulis result-result periksa yang lepas,pastu dengar dia berleter potpet-potpet,saya kena itulah,inilah....pastu mengadu kat mak,abang jang ni...nak orang buat itulah,inilah...last2...antara adik- beradik,sayalah belajar sendiri dan p tuisyen,yang lain semua bljr dengan abang jang.abang jang siap hntr note dan buat mind map untuk kakak dan abang atas saya.huuhuhu...tapi paling ingat,time sek darjah 2@ 3 cmtulah,selalu ada kena lukis2...oleh sebab saya ni aktif time lepas sekolah,sila paham lepas sekolah bukan di sekolah,balik je ,terus campak beg,tukar baju dan p maen-maen kat hutan,masuk air parit,lonkang yang jernih,tangkap budu,ikan lah...main bola sepak lah...jadi malamnya...baru nak buat keje sekolah,mula lah menggelabah,ketuk pintu bilik abang jang mintak tolong buatkan keje sekolah..hahahaa...bila ingat balik,ketuk2,pastu cakap" Tolonglah abang jang..siap nangis lagi.."hahaha...apa2 je...pastu ingat time nak exam UPSR,esok tu ada paper Sains,abang jang siap beli buku upsr..memang bgus buku tu...oleh sebab diri ini memang xsuka sains time tulah..hehehe...petang tu menyelinap bilik abang yang sulong, bukak tv...buku atas riba..mata depan tv.tibe2 abang jang muncul..aduii..kena dengar ceramah dia..huhu

Masuk sekolah menegah,entah macam mana,hati ini lebih suka nak pergi sekolah agama,alhamdulilah, kiranya sekolah sama dengan abang jang.tapi time ni dia dah sambung belajar dekat UKM.huhu..paling terkesan sampai sekarang,bila abang jang tegur " awak tak baca quran ke lepas solat, mengajilah baru berkat belajar.ni baca buku je..tapi quran jrg baca". Dengan nasihat tu,bukan nak riak,tapi bersyukur sangat, Al -Quran menjadi rakan baik saya ,usai  solat zohor dan maghrib sudah jadi rutinku untuk membaca Quran dan Tafsir. Ya ALLAH syukur sangat2. alhamdulilah...syukur Ya ALLAH, saya  dan abang jang dapat harumkan nama sekolah.mak cakap abang jang time dulu-dulu jadi pembaca ikrar perjumpaan ibu-bapa.semua cikgu2 suka dia,paling jelas mak pernah cite,ada cg tegur ayat karangan abang jang terlampau tinggi jadi kurangkan sikit penggunaan bahasa yang tinggi.perghh,orang lain kena mantapkan bahasa,abang jang pulak kena kurangkan sikit,tapi serius time jihan  kecik-kecik majalah Dewan Pelajar,Dewan Siswa memang banyak. sampai jihan pun terikut, time jihan lak,hrmm time tu penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang,mak cakap cg kata, jihan  pelajar pertama dapat staight A1 untuk semua subjek tulen sains di sekolah tu.alhamdulilah,berkat doa dan usaha dari semua jugak.syukur dan gembira sebab gelinangan air mata mak dan ayah kerana kegembiraan kami,...saya rindu nak tengok saat itu time saya konvo nanti!!!ameen..

Bila masuk matrik dan U ni,lagi akrablah kami.dulu selalu kena ejek dan kena cubit.walhal sampai sekarang abang jang suka buli saya,especially kalau dia balik umah,tengok saya duk goyang kaki,ada je nak suruh itu,ini..kalau x diikut,dicubitnya..apa lagi berkejaran lah kami...hahaha... waalaupun usia masing-masing dah tuoo..abang jang dah 32tahun saya dah 23 tahun...bukan halangan untk maen kejar-kejar...hahaha..seronok lak ingat balik.....

Abang jang sangat baik,sekarang pensyarah dekat USIM,erm,,,saya seorang lagi harapan mak untk berjaya cemerlang macam beliau..huhu..akan diusahakan kerana ALLAH dan mak serta ayah..ameen.... terima kasih ALLAH kurniakan insan teristimewa dalam hidup saya. ada 2 perkara akan buat saya menangis tibe -tibe bila mendegar 2 perkataan ini:
1- Bila sebut nama mak dan ayah
2- Bila sebut nama abang jang

kerna merekalah inspirasi saya untuk berjuang dimuka bumi ini kerana ALLAH.semoga abangku beroleh seorang isteri yang solehah.barakallah ya akhi =)=)




hope saya sempat lagi p London,tengok abang jang konvo..teringat pesanan beliau sebelum pulang ke Lopndon tempoh hari  "semoga cepat-cepat ke jinjang pelamain".hahaha,,ngada-ngada je..tahulah kte berdua je lum kawen,,tapi bile berjalan bersam,semua cakap kite suami isteri..cmne tu????hahaha....xpelah,itu tandanya orang doakan kite beroleh pasangan dan cepat kawen..hehehe....=)=)=)

Thursday, March 22, 2012

=)

"KEGAGALAN hari ini PENDORONG, namun KEJAYAAN semalam bukan bererti KEMEGAHAN,oleh itu GANTUNGKANLAH CITA-CITAMU SETINGGI BINTANG DILANGIT, dan RENDAHKANLAH DIRIMI SERENDAH-RENDAH RUMPUT DIBUMI 
 

Friday, March 2, 2012

This Week

Salam semua,alhamdulilah minggu ini kepenatan yang dirasai selama ini berbaloi. tempat praktikal telah berjaya dan konvensyen matematik m'sia telah pun diluluskan dan mendapat duit peruntukkan sebanyak rm1000. tajuk thesis juga sudah diterima oleh penyelia.sekarang hanya perlu sibuk menelaah artikel-artikel dan bahan-bahan yang telah dicari. 

Nak cite,syukur kerna minggu ni,saya selaku ketua projek untk ke konvensyen telah berurusan dengan seorang pensyarah yang sangat cool dan tolerate. namanya Prof Anuar Ishak. alhamdulilah,senang bekerja dan berurusan dengan Prof, tdi selepas minta cop dan tanda tangan dengan Prof, saje tanya Prof takde plan ke nanti untuk cuti sekolah. Porf pun citelah ada seorang anaknya mengambil UPSR, sekarang sekolah sibuk buat kelas. Kemudian bermulalah cite tentang dulu Prof belajar degree dalam Pure Math dekat Jepun, pastu Prof cite dah ada anak 4 orang, study dekat sana memang struggle, Prof pun cite tentang pekerjaan pensyarah kat UKM ni,agak stress jugak sebab banyak research semua....seronok berbual.. macam-macam Prof cite tentang pengalaman time kat Jepun..siap gelak lagi...patutlah dulu time Prof mengajar kelas Calculus II,Prof selalu bawak beg sandang belakang yang sangat comel..hehehe..

Alhamdulilah,dapat satu semangat dan pengalaman dari Prof. Alhamdulilah,ujian yang Allah bagi lebih mendekatkan saya pada rumah Allah.terasa tenang bila solat berjemaah dimasjid. seolah - olah masalah hilang sebentar. syukur dikurniakan kawan yang satu matlamat dan halatuju. errmmm,bila berehat sebentar selepas membaca yasin tadi,teringat akan kenangan bersama kakak nadrah, she is very nice person.kami selalu bercerita kisah suka,duka ,gembira.masjidlah pengerat hubungan kami.terasa syahdu dijiwa ,perasaan rindu menggamit diri ini.namun,saya sedar insha ALLAH ada rezeki saya akan jumpa akak ye.hehehe...tentang cikgu khairul bariyah,hanya doa dalam sujud serta bacaan yasin saya sedekahkan kepada cikgu agar cikgu cepat sembuh.doakan ye kawan-kawan semua.terima kasih.... 

Cuti minggu ini,dimanfaatkan untuk saya memahami bahan-bahan untuk thesis saya.semoga ALLAH permudhkan saya. cari redha ALLAH bukan penghargaan manusia,itu matlamat hidup saya. amin =)

Wednesday, February 29, 2012

She's my motivator

Salam ukhuwah semua.post kali ni agak sedih bunyinya.ermmm,pagit tadi sedang sibuk duk menyalin dan memahami nota makanan dan gaya hidup,terasa tangan ni gatal untuk menghantar mesej kepada ustazah yang mengajar di kolej matrikulasi pahang dulu (kmph), Ustazah Rosma. Ustazah pernah hantar mesej semester lepas,terharu tibe-tibe ustazah mesej dulu bagitau  sekarang ustazah sambung master di USIM.alhamdulilah,aku yakin,ustazah mampu. ok, tadi mesej dengan niat nak tahu nombor seorang pensyarah yang aku begitu rapat time matrik dulu.sampai kawan-kawn pun perasan keakraban kami. Perbualan dengan ustazah tadi:

Saya     : Salam ustazah,apa khabar?
Ustazah: Alhamdulilah,najihan ape khbr ?dah tahun3  ye? mesti ada berita terkini ya.
Saya      : Alhamdulilah sihat.ye,ni semester akhir.ustazah pula macam mana pembelajaran disana?
Ustazah : Alhamdulilah.saya baru sem 2, moga Allah anugerahkan kecemerlangan untk najihan dan kawan2.doakan saya jugak.
Saya      : Amin.terima kasih ustazah.ustazah skrg di USIM ke?
Ustazah : Tak. saya di kmph,jumaat ke Usim.sabtu balik kuantan.
Saya      :  Oh, ermm,ustazah kenal tak cg khairul bahriyah?
Ustazah :  Kenal. kawan baik ,kawan surau..dia sakit,hampir 3 bulan x dtg kerja.
Saya      :  iye.erm,ustazah boleh tak bagi nu cg.saya dah lost contact dengan cg..tk ustazah.

Kemudianlps dpt nu, saya terus mesej cg.. erm,cg tak relpy mesej.kemudian saya call,cg tak angkat.kemudian saya tunggu,dalam hati berkata mungkin cg sibuk memasak. jam menunjukkan pukul 1ptg.saya tidur sekejap sebab pukul4 nanti ada kelas.dalam pukul 1.30 ptg,saya bangun dan cuba call lagi sekali.alhamdulilah dijawab,tapi bukan cg yang angkat.dengan suara macam ayah cg. kebetulan time tu ada orang mesin rumput tak dengar sangat suara itu.. sekejap je perbualan tu...

Saya      : Salam,cg khairul bahriyah ada?
Ayah cg : Wasalm,maaf ,dia sakit sekarang.
Saya      :  Saya najihan,bekas pelajar dia.........

Kemudian panggilan tu terhenti sebab bunyi bising orang mesin rumput tu ..huhu.lepas tu ayah cg letak telefon...hrmmm..hati sebak..

Hrmm,saya memang sayangkan cg ni.tak pernah saya rasa persahabatan dan kasih sayang seprti cg.hrmm,dulu time matrik,bila tak paham sesuatu,saya akan terus rujuk cg.time saya lemah semangat,saya akan jumpa cg,bila tibe waktu solat,kita sama-sama pergi ke surau,saya memang rindu saat itu dengan cg. cg lah membuka mata saya tentang kepentingan agama dan keberkatan ilmu itu terletaknya hubungan kita dengan ALLAH.

Ketika saya sedang dalam proses tukar kos,cg siap call saya,hiburkan saya dan tibe-tibe cg cite tentang diri cg,cg pernah sakit,pernah ada student suka cg siap nak kawen.time tu tergaman jugak....dan macam2 lagi.sya tahu sekarang cg mengalami kesakitan dunia..ermmmm..saya rindu nak dengar suara cg..dah hampir 5tahun saya tak bersemuka dengan cg.cg selalu  ajak saya p umah cg , saya hanya mampu bgi janji sebab belum ada lesen dan kereta.ermmm,hampir 2 tahun tak contact cg,saya tsk pernah lupa cg....ermmm....saya tiada gambar memori kite.tapi setiap detik bersma cg sentiasa lekat dihati dan ingatan saya... pesanan ,nasihat,gelak tawa cg...ermmm...Ya ALLAH,bagilah aku kesempatan untk berjumpa beliau.semoga beliau cepat sembuh.aku benar-benar rindu akan beliau.hanya dalam doaku aku memohon padaMU.semoga cg cepat sembuh...amin...

Wednesday, February 22, 2012

2 hari yang mencabar

Salam semua,itulah ungkapan yang boleh dirumuskan untuk 2 hari memasuki pembelajaran di tahun akhir,. bukan bz dengan belajar je....ditambah dengan leader untuk konvensyen matematik malaysia.hrmmm,last minute tahu.alahai...sabar jelah.alhamdulilah baru siap tadi paperwork untuk minta peruntukkan.event dah xlama dah 9-10 mac. tajuk thesis??hrmm.masih membaca.tapi tahap rendah sgt,sbb fokus pada event tu.bila dah settle senarai nama nanti,insha ALLAH boleh fokus pada thesis.terima kasih taufik.state nama dia sebab dia banyak suggest buku ngan jounal yang boleh baca.terima kasih Allah permudah jalanku.tapi takleh duduk goyang kaki.bak kata mentor,pulun awal2 semester ni,nanti boleh fokus pada subjek exam terima kasih senior-senior yang baik hati bagi tips berharga untuk diri ini thanks syiera dan una.semoga kalian berjaya didunia dna akhirat. dahhh..nak tido,esok nak bangun awal ,baca thesis,jumpa prof ishak untuk konvensyen tu .semoga hari esok lebih baik dari hari ini.terima kasih ALLAH atas ketenangan yang Engkau beri pada hambamu ini meskipun kepenatan kian terasa.alhamdulilah..

Thursday, February 16, 2012

I Will Miss Them

Assalamuailakum,alhamdulilah,bersyukur ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurniaNYA,keputusan saya meningkat dan melepasi target yang dihajati.Insha ALLAH,saya akan cuba lebih baik pada semester terakhir diukm untuk  mencapai target saya yang kedua.Sujud syukur saya panjatkan pada Allah yang banyak memberi rezeki dan kejayaan kepada diri ini. Allahuakbar...ok,ini intro berkaitan kejayaan yang tak seberapa.alhamdulilah.


Cerita yang ingin saya coretkan berkaitan dengna tajuk adalah,saya begitu gembira menjaga anak-anak saudara saya yang comel-comel belaka. ermm....minggu hadapan saya akan kembali berjuang sebagai pelajar semula. Azrul,Adzimin,Azzahra dan Azeeza, keempat-empat ini merupakan anak kak saya yang pertama. semoga mereka berempat menjadi anak yang soleh dan solehah..mula-mula bangun pagi jaga azeeza atau panggilan manja jija.hari-hari tolong mak,mandikan dia,bagi nestum,makan bubur dan bawa dia jalan-jalan,...jija baru nak masuk setahun,mata dia sangat bulat dan comel sangat.lincah walaupun tubuh agak kecil..kemudian lepas waktu pukul 2,azzahra,azrul dan adzimin akan pulang dari sekolah. siapkan baju mereka dan suruh mereka mandi.then ajar mengaji.... lps tu masak telur untuk diaorang.bilelah nak belajar makan lauk ni.huhu.dah puas pujuk..sabar jelah.hari-hari kepuk telur,azrul tak nak bawang,adzimin lak suka bawang. masing- masing
 nak chu yann yang buat.huhu....lepas tu,mereka sekarang ada geng,jadi biasenya kalau xmau buat keje sekolah lagi,saya lepaskan mereka main.make sure maghrib dah terpacak depan rumah.bukan apa,memahami perasaan mereka,sebab saya dulu pun hantu main,balik sekolah,terus p jumpa geng main- main.sampai tak ingat umah,balik2 dah ada rotan menunggu.hehehe...biarlah mereka aktif dan riang masa kecil,takut jugak nanti stress je bila disuruh belajar dengan paksaan.huhu.


Azzahra atau nama manjanya ara tak ikut bermain,jadi siang akan ajar dia buat keje sekolah.biasenya petang akan diisi dengan jaga jija dan bagi dia makan bubur,mandikan dia...tak lupa bagi kucing makan.hehehe...bila malam menjelma,siapkan baju-baju untuk mereka dan suruh mereka mandi,masakkan telur dan masing-maisng buat keje sekolah..serius saya guna pendekatan lembut dan manja kepada mereka ,tetapi tegas bila perlu.kita kan pernah alami zaman kanak-kanak,jadi bila dah berusia ni kan,kita patut letak diri kita macam kanak- kanak dulu bila menjaga mereka..sebagai sharing,ajarlah mereka sunnah nabi,saya selalu nasihat mereka duduk bila makan dan minum,baca doa bila nak belajar, dan ajak mereka tengok cite-cite islamik..semoga kalian berjaya didunia dan akhirat.


Cuma satu saya nak cite,suatu hari,azrul anak kak han yang sulung ni cakap " Chu Yann tak payah lah kawen,nanti dah x best.Adzimin pun mencelah jugak,xpayah kawenlah.. Saya pun cakap,xkan nak chu yann jadi andartu..mereka balas ,bagus jugak..haaa...xpayah kawen lgi bgus...ara pun mcm tu,buat muka setuju...huhu...kamu semua ni...chu yann tetap samelah...akan layan sama je sebelum dna selepas kawen..hehehe.tak sangka merea leh ckp mcm tu.


Hari-hari terakhir,muka mereka berubah je bila saya cakap,chu yann dah nak blik minggu depan.huhu...sebenarnya hati ni pun akan rindu saat-saat dengan kalian....mungkin kerna cuti sebulan ini, saya betul-betul manfaatkan bersama mereka.Allah,semoga Engkau permudahkan segalanya.terima kasih atas perasaan kasih dan sayang yang Engkau berikan antara kami.Engkau tautkan perasaan cinta dan sayang yang begitu ikhlas dalam jiwa aku dan anak-anak saudaraku..benar ya ALLAH,keikhlasan yang ku cari,memberikan aku satu kepuasan yang belum pernah ku temui..terima kasih Allah.Alhamdulilah =)

Monday, February 6, 2012

Disebalik Maulidur Rasul

Assalamuailakum dan salam Maulidur Rasul semua. Alhamdulilah,semalam dan hari ini, disajikan dengan makanan rohani yng cukup berharga.Semalam diizinkan olehNYA untuk menonton rancangan selawat di TV Al-Hijirah dan sempat menonton suatu drama yang cukup menyayat hati tajuknya "al- Ikhlas" di tv3. Memang menangis tengok drama tu.hrmm,ya ALLAH rasa diri ini jauh sangat-sanagt dariMu. Masih leka dan longlai dalam menjalankan ibadah terhadapMU. Terasa cemburu sangat bagi mereka yang khusyuk dan diberi hidayah oleh MU. Barakallah kepada pengarah dan penerbit rancangan-rancagan yang disebutkan tadi. Besar ganjaran yang mereka peroleh kerna membuatkan hati- hati penonton terusik dan terasa rindu  terhadapmu Ya Allah dan baginda Rasulullah S.A.W. 

Terasa begitu insaf sekali.malam ini pula sempat menonton cerita sejarah Islam di tv Al- Hijarah. Aku bersyukur sangat,sebelum ini hanya buku-buku sejarah islam dan tidak lupa pahlawan-pahlawan islam yang mampu memahamkan aku tentang sejarah agama Islam,namun tadi,aku dapat menonton penceritaan sebenar disebalik semua itu.Sungguh mengujakan dan terasa baginda dekat padaku. Teringat akan  pendekar-pendekar Islam seperti Bilal bin Rabah, Saidina Ali,Saidina Hamzah, Khalid Al- Walid. Terasa mereka hampir dengan jiwa ini. Ayat- ayat al- quran yang banyak menegaskan tentang jihad dalam peperangan ,membuatkan diri ini makin memahami mengapa Allah begitu tegas dalam menyeru umatnya berperaang. Teringat kisah bagaimana Rasulullah mencemuh umatnya yang berlengah dan enggan berperang. Allahuakbar. bila menonton drama yang penuh pengajaran itu, teringat akan Baginda ,bagaimana kuat dan kentalnya hati baginda dalam menegakkan Islam,bagaimana baginda berjuang berhabis-habisan dalam menegakkan kota suci Mekah dari kafir Quraisy, dan sebak sekali pabila Saidina Hamzah terkena anak panah oleh orang suruhan Hindon. Terasa sayu dan pilu disitu, asyik dan tersentuh pabila Bilal memperdengarkan azan pabila umat Islam berjaya menakluk semula kota Mekah.sungguh hati ini tersentuh dan bertambah kefahaman bagaimana perjuangan baginda dan para sahabat yang begitu kental dan bersemangat memperjuangkan Islam. subhanallah....
Sedikit perbandingan yang hasil dari pemikiran sendiri,pabila mengenangkan perjuangan Islam sekarang ,jauh teramat dengan perjuangan baginda dan para sahabat. tidak perlu pergi jauh,lihat sahaja negara kita,  kepentingan diri,nafsu,duniawi semata-mata tidak mampu merubah nasib umat Islam masa kini. Bagaimana kota Konstantinopel mampu ditakluk semula,bagaiman kota Cordova yang dahulu terkenal dengan ilmuwan-ilmuwan Islam kini hilang jejak-jejak Islam.nauzubillah Ya Allah, marilah kita sama-sama mendoakan umat Islam diseluruh dunia bangkit berjuang untuk agama Islam kita, bersama-sama panjatkan doa selepas solat bukan hanya untuk kebaikan kita semata-mata tetapi juga untuk kebaikan Islam secara amnya. Ya!! Memang benar Islam itu akan menang, tapi bukan dengan angan-angan dan omong-omong kosong, kerna ALLAH akan bagi jika kita bersungguh-sungguh berjuang keranaNYA. semoga rahamat ALLAH senantiasa melimpahi kita.barakallah semua.wassalam.

Thursday, February 2, 2012

......

Assalamuailakum.
No title in my mind.tibe-tibe tangan  terasa ringan untuk menaip tika seluruh  penghuni rumah nyenyak tidur.hrmm,tibe-tibe hati rasa sayu,banyak perkara yang ingin dikejar dan diimpikan,dan banyak jugak tindakan dahulu diimbaukan,hrmm..luahan ini bukan menagih simpati mahupun pujian,tetapi hati ini meronta-ronta ingin meluahkan apa yang terbuku dihati. Bila dilahirkan untuk menjadi anak bongsu,banyak kelebihan dan kekurangan,bukan untuk mengkritik ciptaan Sang Pencipta tetapi membuatkan diri ini berfikir dengan lebih matang untuk mara kehadapan.
 
hrmm,banyak perkara yang terasa,tetapi diri ini sentiasa ingat . " Najihan,control yourself, you must respect others who are older than you. Kan dah janji nak belajar erti sabar,jadi tahan dengan teguran dan kritikan serta ikhlas kerana ALLAH".  teringat akan seorang kenalan. diri ini selalu bertanya padanya, "kenapa awak susah meluahkan,tak rasa terbeban ke?kenapa awak susah ungkapkan sesuatu??.hrm,mungkin sifat sabarnya tinggi berbanding diri ini yang banyak kelemahana diri.
Allahuakbar, sabarlah duhai hati,ujian ALLAH itu indah bagi mereka yang benar-benar menyayangi dan memahami erti sebenar tirai kehidupan ini. yang baik jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan.buang yang keruh ambil yang jernih. terasa tenang sedikit bila menaip. semoga ALLAH terus merahmati diri yang penuh dengan kekhilafan ini.wassalam.

Friday, January 27, 2012

My Hopes

Salam semua,alhamdulilah dah hampir separuh perjalananku sudah ku harungi sebagai pelajar ijazah sarjanamuda. Tinggal satu semester sahaja lagi untuk diri ini terus berusaha dan merebut pahala dalam menuntut ilmu akademik. Cuti semester ini banyak juga azam dan tekad untuk semester terakhir dan tahun-tahun mendatang. Perancangan yang tak seberapa,yang bukan untk dibanggakan ,tetapi peringatan pada diri ini,amanah yang dipikul bukan menharap pujian dari  manusia tetapi mengharap pujian dari Ilahi diakhirat sana. insha ALLAH moga apa yang dihajati mampu merubah diri ini menjadi insan yang Engkau kasihi. Antara yang ingin digapai:

1- Cuti semeseter ini, ingin belajar erti sabar dalam semua perkara. Bermula dengan menjaga anak-anak saudara. Ianya rutinku pabila pulang ke kampung,Namun aku cuba merubah cara dan erti layananku,kini aku mengharap tindakan dan segala perbuatanku ikhlas kerana ALLAH,bukan mengharap penghargaan manusia, moga-moga aku mampu  menggapai apa yang dihasratkan.amin.

2- Cuti ini juga dimanfaatkan dengan mencari dan menyelesaikan pencarian tempat praktikal.insha ALLAH mungkin tempatku di KWSP cawangan kemaman,dekat dan mudah untukku bergerak.moga ALLAH permudah urusanku.

3- Cuti  semester ini juga ingin menelaah sedikit untuk semester hadapan.tajuk thesis masih blur,mungkin menunggu siapa penyelia dan baru pikirkan tajuk yang sesuai. Jadi cuti ini perlu dimanfaatkan dengan membaca subjek yang akan dipelajari semester hadapan.

4- Semester hadapan,bercadang ingin mengambil lesen kereta, membeli kamera dan menyimpan sedikit untuk pengajian master nanti.insha ALLAH.aku hanya mampu merancang,hanya ALLAH penyudah perjalananku.

5- Terakhir dan memang ini impainku,moga-moga aku mampu memberikan senyuman diraut wajah ibu-bapaku. Segulung ijazah dengan sedikit penghargaan dari pihak universiti.aku betekad untuk mendapat anugerah dekan. moga Engkau memberi kekuatan kepadaku Ya Allah.amin


Tuesday, January 3, 2012

:: Tudung 2011 ::

Salam semua.huhu.sedang asyik menelaah,tiba-tiba ingin mengupdate blog. selamat menduduki peperiksaan semua pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan hari ini.

Tadi intro sahaja.hehehe.erm,title diatas dipilih selepas abang saya menegur cara tudung yang saya pkai. saya tak nafikan dah namanya perempuan,tak lari dari ingin cantik.Tapi kena berpada-pada takut tidak tutup aurat dengan sempurna dan paling bahaya timbul riak. saya pegang satu,kecantikan hakiki saya yang ALLAH kurniakan hanya untuk tatapan suami sahaja.takpelah tak pandai make up sekarang,biarlah saya buat semua tu bila dah betul2 bersedia dan hanya untuk tatapan suami saya sahaja.cukuplah sekarang hanya kemas,bersih dan paling penting menutup aurat. kadang -kadang tak caye lak saya ke yang pakai tudung-tudung ni.mak menggalakkan,mungkin saya terlalu kuno bila memakai tudung.start pakai selendang semasa pergi ke  UK.huhu.saje try,moga-moga ALLAH jauh saya dari perasaan riak.nauzubillah.

pic ke UK


pic di secret recepi


pic di kenduri kak ni

semua pic kenangan tahun2011. tak tahulah tahun 2012 macam mane gayanya.apa-apapun,saya berharap kita semua berada dibawah linduganNYA.beruntunglah mereka yang senantiasa diawasi oleh Allah,tika melakukan kesilapan terus terasa diri berdosa padaNYA.nak ALLAH sayang jugak.ermm...hbis exam ,ada 2 jemputan kenduri kawen,.terasa diri ini dah lanjut usia.hai,bilelah time kite pulak.huhu.barakallah semua.semoga menjadi isteri solehah.amin.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...